Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua
Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

KUALA LUMPUR : Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menuntut pihak berkuasa agar mengheret pihak yang bertanggungjawab menyebabkan k3matian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke muka pengadilan.

Dalam posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza menyifatkan pihak yang bersalah memukul Allahyarham Muhammad Adib dalam kejadian rusuhan di kuil pada 27 Nov lalu, merupakan kumpulan pengganas yang perlu menerima hukuman sewajarnya.

ARTIKEL MENARIK: Ini Janji TPM Wan Azizah Dan MB Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan


“Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan,” katanya.
Muhammad Adib, 24 tahun, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa.
Dr Maza dalam posting tersebut turut menyatakan, demi menegakkan keadilan, kesalahan membunuh mestilah dibalas dengan hukuman bunuh kecuali dalam keadaan tertentu.
“Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini,” katanya sambil memetik ayat Al Quran.
Sumber Artikel : Astro Awani

K3matian Muhammad Adib: Menteri minta rakyat bertenang

PETALING JAYA: Beberapa menteri Pakatan Harapan meminta rakyat bertenang berhubung k3matian anggota bomba Muhammmad Adib Mohd Kassim yang sebelum ini kritikal dipukul perusuh di depan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 3 minggu lalu.
“Saya mohon satu sahaja, rakyat mesti bertenang, pelihara keamanan terimalah seadanya, kita tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku lagi,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media lewat malam tadi.


Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam tadi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menzahirkan nada yang sama dengan mengatakan pihaknya menyediakan kumpulan perubatan terbaik sepanjang Muhammad Adib menerima rawatan.
“Kita dah sediakan ‘best team’ sedaya upaya tapi ini adalah takdir keluarga. Kita guna kemudahan terbaik dengan ‘team’ forensik,” katanya.

Komen Menteri P Waytha Moorthy

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata pihak polis bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang menimpa Muhammad Adib dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib… kami berkongsi kesedihan keluarganya dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Menteri yang bertanggung jawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi sejak sekian lama.
Sumber Artikel : FMT via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post