Ini Sebab Kenapa Aidil Nak Sangat Jumpa Vietnam Final AFF. Tapi Netizen Suruh Dia Jangan Seronok Nak Jumpa Vietnam Dan Suruh Dia Jumpa..
Ini Sebab Kenapa Aidil Nak Sangat Jumpa Vietnam Final AFF. Tapi Netizen Suruh Dia Jangan Seronok Nak Jumpa Vietnam Dan Suruh Dia Jumpa.. |
SEPANG: Pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap aksi final Piala AFF 2018 mempertemukan Malayia dengan Vietnam kerana dia mahu melunas dendam ketika tewas 0-2 di peringkat Kumpulan tempoh hari.
Aidil, 31, mengakui Harimau Malaya kini semakin bersemangat untuk menebus dendam kekalahan itu.
“Saya tak kisah pasukan mana yang kita bakal hadapi di final nanti, tetapi saya mahu bertemu Vietnam, kerana kita tewas di peringkat kumpulan dan saya mahu balas dendam.”
Namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak pasti sama ada dia akan diturunkan menentang lawan pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
ARTIKEL MENARIK: Sejurus Malaysia Berjaya Kalahkan Thailand Ini Komen Padu Dari TMJ Tentang Pasukan Malaysia
“Saya cedera di paha pada awal permainan semalam dan harap ia tidak serius, apapun saya akan berbincang dengan doktor untuk bermain dalam final.
“Saya belum terlepas sebarang aksi dan malam tadi pertama kali saya terlepas peluang bermain dan saya harap ia tidak serius,” katanya.
Aidil yang cedera seawal minit ke-18 semalam terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria namun mengakui terpaksa bertahan selama itu kerana begitu bersemangat untuk membalas hinaan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom ketika sidang media pra perlawanan sehari sebelumnya.
“Sebenarnya, semangat kami semarak kerana sebelum itu kami rasa terbakar dengan kenyataan Chatchai dan sebab itulah kami bangkit.”
“Kami memenangi perlawanan itu dan merasai perasaan gembira, hanya kami serta rakan-rakan dan jurulatih akan memahami perasaan sebenar memenangi perlawanan itu,” katanya.
Sementara itu, kembar Aidil, Zaquan Adha Abd Radzak selaku kapten meminta penyokong Harimau Malaya sekali lagi memberikan sokongan padu di Bukit Jalil Selasa ini.
“Saya harap kami akan memberikan kemenangan sekali lagi jika penyokong semua memberikan sokongan padu yang akan membakar semangat kami untuk melawan,” katanya.
Netizen Suruh Dia Jangan Seronok Nak Jumpa Vietnam Dan Suruh Dia Jumpa..
Irish Dinie Nenek die tu yg kena perbetulkan sume ne….ank Dan ayah X bole berpisah smpi mati pun
Eyka Ismail aku pulak harap aidil jumpa anak2 diaa
Kamarrudin Mustapha Betemu dgn anak2 ko dulu laa.. Pasal maknya kau jgn risau, aku ada..
Kahkahkah
Kahkahkah
Faiz Rossa Jumpe la anak2 ko tu dlu aidil tu darah dging hang.bpe tahun hang xjumpe anak2 ko tu.sebab istri xbgi xkn tu pun ko takut. Ketua keluarga ni kna pandai nk uruskn anak2 hang .kesian anak2 hang tu dahaga kasih syg seorng ayah.ko xlma lagi da pencen xslemanya orng akan ada kt atas nanti karma akan berlaku tau
Siti Aishah Abdullah Pergi laa jumpa anak2 tu.. Kesian mereka ber2 mengharap bapak bg tiket, x bg pun.. Ada bapak lupa anak2 esok2 anak2 berjaya. Ko dah tua br nk mengaku anak2..tgk laa budak2 ber2 tu minat sungguh dgn bola.. Sampai rita antaq k kelas utk belajar. Hang asyik sanjung bini sekarang..
Arm Arm Mak DIA kena ambil peranan. Mak dia Yg Tak suka Rita. Kesian ank2. Moga Allah buka Pintu hati Mak dia utk satukn Ank dgn Bapa diorang
Dyla JaafarHarap bertemu rita rudaini&ank2 juga
Juriani Matrodzi
Kami rakyat Malaysia harap Aidil jumpa anak² Aidil tak kira sebelum game atau selepas game.. Kasihanilah anak² kecil yg tidak tahu apa² itu..
Kami rakyat Malaysia harap Aidil jumpa anak² Aidil tak kira sebelum game atau selepas game.. Kasihanilah anak² kecil yg tidak tahu apa² itu..
Sumber : Berita Harian VIA KLViral
Post a Comment