Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda
Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

HANYA selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsuu unami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.

Marzuki Mustaffa bersama isteri dan dua anak mereka berada di wilayah berkenaan kerana bercuti sejak Selasa lalu.

ARTIKEL MENARIK: TMJ Sindir Kerajaan Pakatan Tentang Sesuatu Selepas Balik Dari Bercuti. Dan Ini Respond Ahli Parlimen Alor Setar


Menurut Marzuki, ketika tsuunami membadai wilayah Lampung dan Banten, mereka sekeluarga berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan indah Kota Lampung pada waktu malam.

Berikut adalah entri beliau dalam facebook :

Kami sekarang sekeluarga di Lampung Selatan. Jam 1025pm waktu Indonesia mendapat khabar tsuu nami akan melanda Lampung. Semua dah lari naik ke tempat tinggi. Kami sekarang berlindung di Muncak Teropong Laut. Betul ke info tsuu nami ni.
Update jam 1145pm
Saya dah turun dari bukit, cuma penduduk tempatan masih ketakutan dan masih berlindung di atas bukit. Saya juga telah mencari penginapan yang baru. Allamdulillah, dikurniakan teman dari Lampung yang bersusah payah membantu dan bawa kami keluar. Terima kasih buat sahabat yang mendoakan keselamatan kami sekeluarga.
Update 0800am
Pemerintah Indonesia dah keluarkan kenyataan, memang tsuu nami semalam selepas anak krakatua meletus petang semalam. Kawasan yang teruk ialah Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera.
“Kami turun dari situ kira-kira jam 10 malam. Tiba di bawah kira-kira 30 minit daripada lokasi penginapan yang terletak di kawasan tepi pantai, kami terserempak dengan ramai orang yang berlari ke arah kawasan tinggi.
“Keadaan huru hara, kenderaan kami nyaris kemalangan bagi mengelak orang ramai yang berlari dan panik menyelamatkan diri menuju ke puncak.
“Kami yang kebetulan sedang turun berpatah semula naik ke atas selepas menyedari tsuu nami sedang berlaku di bawah sejurus dimaklumkan penduduk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


MARZUKI (dua kiri) bersama keluarga bergambar di Lampung, Indonesia. FOTO Ihsan Marzuki Mustaffa


Katanya, dalam perjalanan ke puncak, kenderaan dinaiki mereka ditahan penduduk yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada mala petaka itu.
“Kami terpaksa memberhentikan kenderaan kerana tidak sampai hati melihat seorang ibu dan anak kecilnya sebelum mempelawa wanita itu naik bersama kami.
“Kami duduk berhimpit-himpit kerana lima orang menumpang kami, menjadikan jumlah keseluruhan berada dalam Toyota Innova mencecah 10 orang termasuk pemandu.
“Ketika itu jalan mula sesak dengan kereta, motosikal dan lori. Mujur kenderaan kami berada di barisan paling hadapan menuju ke puncak,” katanya.
Marzuki berkata, mereka bernasib baik terselamat daripada malapetaka berkenaan.
“Saya bersyukur kami sekeluarga terselamat dan tidak cedera dalam kejadian itu cuma masing-masing terkejut.
“Kami juga menukar rancangan ke Pulau Tegal Mas kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
“Esok kami akan menaiki kereta api dari Tanjung Karang menuju ke Palembang sebelum pulang ke Malaysia, Khamis ini,” katanya.
KEADAAN sebuah kereta tersadai selepas tsuu nami melanda pantai Carita di Pandeglang, Wilayah Banten, Indonesia, hari ini. Foto REUTERS
Sumber : Harian Metro via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post