Ella Perjelaskan Isu Dikurniakan Pingat Datuk
Ella Perjelaskan Isu Dikurniakan Pingat Datuk |
Seperti biasa, jika ada saja selebriti yang menerima gelaran Datuk, pasti ramai yang bertanya apakah sumbangan selebriti itu kepada negara sehingga mampu menerima gelaran tersebut. Namun, sekiranya Ratu Rock Malaysia, Ella menerima gelaran ini, pasti ramai yang bersetuju dan beliau sememangnya layak.
ARTIKEL MENARIK: “Teruknya Hidup Ya Allah” – PA Bercuti, Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak?
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, sekarang ini bukan rezeki Ella untuk memikul anugerah tersebut. Pun begitu, sekiranya ada pihak yang ingin memberikan pingat itu kepadanya suatu hari kelak, dia pasti tidak menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Soal pingat Datuk tidak pernah saya fikirkan. Anugerah itu adalah satu rezeki dan jika Tuhan belum mengizinkan, tidak mungkin saya akan memperolehinya.
Ella berkata, sekiranya ada pihak yang ingin memberikan pingat tersebut, pastinya dia bersyukur dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Sebenarnya bagi saya, pengiktirafan yang tertinggi adalah daripada peminat yang tidak pernah lelah menyokong kerjaya saya. Saya amat bangga dan puas hati apabila mereka sentiasa menghargai karya saya.
Dalam temubualnya bersama Utusan, Ella berkata Gelaran Ratu Rock Malaysiasudah cukup memuaskan hatinya dan gelaran tersebut sangat besar untuk saya.
Mengenai perkembangan terbaru, Ella baru sahaja menerima anugerah The BrandLaureate Icon Celebrity 2018 pada amajlis The BrandLaureate Brand Icon Leadership Awards 2018, Isnin lalu. Anugerah tersebut mengiktiraf Ella atas pencapaiannya dalam industri muzik tempatan serta kejayaan membina jenama sebagai ikon rock wanita tersohor. Tahniah Ella!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular
Sumber: Hangat.com
Post a Comment