Detik Sebelum Penyanyi Kumpulan Rock 90an Melissa Yang Sekarang Adalah Ustaz Radzi Meniinggal Dunia Ketika Atas Pentas
Detik Sebelum Penyanyi Kumpulan Rock 90an Melissa Yang Sekarang Adalah Ustaz Radzi Meniinggal Dunia Ketika Atas Pentas |
Siapa kah Ustaz Radzi Yang Dahulu Rocker Sekarang Imam?
MENYUSURI perjalanan seni penyanyi utama kumpulan rock Melissa, Radzi, tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana seorang yang berlatar belakangkan pendidikan sekolah pondok akhirnya menjadi penyanyi rock?
ARTIKEL MENARIK: Berbaki 9 Tahun Untuk Tinggal Di Penjara Indonesia. Ini Wajah Terkini Benjy Yang Betul Betul Lain Dari Dulu
Tetapi itulah kehidupan di mana sebagai manusia biasa kita hanya bisa merancang tetapi Allah jua yang menentukan.
Begitu jugalah dengan Radzi atau Mohd. Radzi Abdul Hamid, 45, yang pernah mencipta nama menerusi lagu Cinta Untuk Nabila bersama Melissa pada tahun 1990 hingga 1992.
Bagi Radzi, memang tidak pernah terlintas di kotak mindanya untuk menjadi penyanyi rock ketika merantau ke Kuala Lumpur (KL) dari Kedah pada tahun 1982.
“Selepas tamat mengaji di sekolah pondok, saya datang ke KL dan duduk di Kampung Pandan dengan tujuan mencari duit untuk mendapatkan modal perniagaan.
“Masa itu cita-cita saya hanya satu, nak jadi tauke ayam. Mulanya saya kerja kilang, kemudian saya bekerja sebagai konduktor bas mini.
“Semasa tinggal di Kampung Pandan, saya bercampur gaul dengan pendatang asing. Semangat kejiranan kami memang bagus kerana ketika itu kami sering menghadiri majlis berzanji dan marhaban.
“Pada waktu malam, saya dan penduduk Kampung Pandan bergilir-gilir bertugas di Rukun Tetangga demi keamanan penduduk setempat.
“Sementara menanti giliran, selalunya dengan menggunakan gitar tong saya akan menyanyi menghiburkan kawan-kawan yang sama bertugas dengan lagu Andainya Aku Pergi Dulu nyanyian Alleycats.
“Bermula dari situlah, apabila kawan-kawan Rukun Tetangga tahu saya boleh menyanyi, saya sering diundang menyanyi untuk majlis-majlis orang kahwin,” cerita Radzi mengenai penglibatannya dalam bidang seni.
Sejak itu, Radzi meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi kelab malam di mana Wetspeed merupakan kumpulan pertama yang disertainya.
Setahun bersama Wetspeed, pada tahun 1988 Radzi menganggotai Steeler dan mencuba nasib menyertai pertandingan kumpulan rock yang dianjurkan oleh Box-Office kepunyaan Ali Bakar pada tahun berkenaan.
“Nasib menyebelahi saya. Percubaan saya bersama Steeler dalam pertandingan itu membuka lembaran baru dalam hidup saya.
“Dalam pertandingan itu, saya menyanyikan lagu Senja Merah yang merupakan lagu Steeler. Akhirnya lagu itu membawa tuah kepada kumpulan kami apabila kami memenangi tempat ketiga,” kata Radzi menyingkap sejarahnya bersama kumpulan rock.
Melakar kejayaan pertama kali dalam satu pertandingan yang dianggap hebat oleh kumpulan-kumpulan rock yang baru mencuba nasib dalam bidang seni, telah membawa Radzi ke dunia rakaman album sebagai artis.
Razak, pemain gitar bass yang juga merupakan ketua Steeler, akhirnya menukar nama kumpulan itu kepada Melissa dan mengajak Radzi menjadi penyanyi mereka, setelah penyanyi asalnya, Hairi meninggalkan kumpulan itu.
Selain Razak, Melissa turut dianggotai oleh Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan Radzi pula sebagai penyanyi baru mereka.
“Sejak itulah bermulanya diari hidup saya sebagai penyanyi rock. Saya tidak pernah menduga album pertama kumpulan Melissa telah meletakkan nama kami di bibir para peminat rock tanah air.
“Malah yang lebih membanggakan, dengan lagu Cinta Untuk Nabila ia telah mempopularkan nama saya dan kumpulan Melissa,” kata Radzi.
Menurut Radzi, daripada kejayaan album pertama itu telah membuatkan dia lupa seketika tujuan asalnya datang ke KL untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan menjual ayam.
“Bayangkan ketika itu, tahun 1990, kejayaan album pertama itu telah memberikan saya pendapatan yang lumayan.
“Syarikat rakaman Varia Music Production memberi saya royalti secara pukal sebanyak RM16,000 untuk album pertama. Itulah royalti yang pertama dan terakhir yang saya dapat,” cerita Radzi dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas kejayaan album pertama, Melissa muncul sekali lagi dengan album kedua mereka berjudul Kami Mat Rock dengan lagu hitsnya, Memikat Cahaya pada tahun 1991.
“Walaupun lagu ini sekali lagi melonjakkan nama kumpulan kami, tetapi saya tidak pernah mendapat royalti lagi.
“Saya tidak tahu di mana silapnya, tetapi mungkin kerana album ketiga Melissa berjudul Mistik (1993) saya tidak muncul selepas beberapa kali rakaman album itu dibatalkan.
“Pembatalan rakaman itu membuatkan saya balik kampung dan terus berkahwin. Sejak itulah, tamatnya perjuangan saya dalam bidang seni sebagai penyanyi rock,” kata Radzi.
Radzi yang melangsungkan perkahwinan dengan Zaimah Mokhtar, 36, pada tahun 1992 terus pulang ke Alor Setar, Kedah.
Hasil perkahwinan itu, Radzi dikurniakan enam orang anak – Mohamad Firdaus,16, Mohamad Naim,14, Mohamad Addin,12, Siti Nur Soleha,11, Mohamad Maqamin,9, dan Nur Nabila Saqinah, dua tahun lebih.
Sekembalinya Radzi ke Kedah, dia kemudiannya meneruskan pengajiannya di Maahad Tarbiah Islamiah, Behrang, Pokok Sena, Kedah.
Pada tahun 1994, Radzi bekerja pula sebagai Pembantu Hal Ehwal di bahagian perpustakaan dan pembantu imam di Jabatan Agama Islam, Kedah.
“Syukur alhamdulillah, walaupun cita-cita saya mahu menjadi tauke ayam tidak berjaya tetapi… saya dilantik sebagai pembantu imam.
“Sementara di kawasan perumahan tempat saya tinggal, saya dilantik sebagai imam,” kata Radzi yang kini menetap di Taman Perumahan Alor Senjaya, Kedah.
Menurut Radzi, walaupun pada awalnya ada yang tidak senang dengan jawatannya kerana sebelum ini beliau pernah menjadi penyanyi rock, namun kini semuanya berjalan dengan baik.
“Minyak dan air tidak boleh bercampur. Walaupun saya menjadi penyanyi rock tetapi tugas dan tanggungjawab saya kepada Allah tidak pernah dilupakan,” ujarnya.
Berpegang pada itu, Radzi kini muncul semula dalam bidang rakaman dengan sebuah album baru bertajuk Penyesalan yang diterbitkan oleh Aztecs Production Sdn. Bhd.
Album itu mengandungi 5 buah lagu berunsur dakwah berjudul Penyesalan, Solat, Lailatulqadar, Kalimah Mulia dan Pujian Illahi.
Sumber Artikel: Utusan Online
Meniinggal Ketika Buat Persembahan
KUALA LUMPUR : Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa yang terkenal ketika era 90an dahulu Mohd Radzi Abdul Hamid atau lebih dikenali Ustaz Radzi ketika ini meniinggal dunia selepas rebah ketika mengadakan persembahan di Panggung Anniversari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Beliau adalah antara artis yang dijemput mengadakan persembahan dikatakan sedang menyampaikan lagu pertama persembahannya berjudul “Kami Mat Rock” tiba-tiba rebah di atas pentas dan mengh3mbuskan nafas terakhir.
Jen4zah Allahyarham di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Video Arw4h Rebah Ketika Diatas Pentas (Sila lihat minit terakhir)
Sumber Artikel : Astro Awani via KLViral
Post a Comment