Bila Kena Tegur Wat Muka Tak Bersalah. Biar Muka Buruk Jangan Perangai Buruk. Netizen Selar Apa Yang Terjadi Stadium Bukit Jalil
Bila Kena Tegur Wat Muka Tak Bersalah. Biar Muka Buruk Jangan Perangai Buruk. Netizen Selar Apa Yang Terjadi Stadium Bukit Jalil |
MALAM tadi dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan Vietnam sudah tercatat keputusan seri 2-2.
Semangat juang pemain Harimau Malaya mengikat kedudukan selepas ketinggalan 2-0 pada aksi separuh masa pertama wajar mendapat pujian.
ARTIKEL MENARIK: Bila Tanya Penyokong Vietnam Siapa Akan Menang, Terkedu DJ Era Ini Dengan Jawapan Dia Yang Mengelirukan. Pandai Dia Cover Line
Aksi 90 minit, ditolak masa tambahan, sungguh mendebarkan!
Ko Ni Takde Otak Ke!!
Namun dalam aksi yang mengusik jiwa penyokong Malaysia atau kini digelar Ekor Harimau Malaya, ada situasi yang boleh dikatakan: “Kau ni tak ada otak ke?”
Sudah terang mengatakan stadium adalah kawasan larangan merokok, namun ada yang buat-buat tak faham dan mudah kata, tak reti bahasa!
Kalau merokok di luar stadium, boleh lagi dimaafkan walaupun tetap salah, tapi ini berlaku di dalam stadium!
Sejam sebelum sepak mula lagi, skrin besar dalam stadium sudah memaparkan stadium adalah kawasan larangan merokok.
Penuh papan tanda amaran di setiap lorong.
Bukan Takde Orang Tegur, Tapi Masih Buat Degil
Penyokong yang selesa di atas kerusi terpaksa menghidu asap rokok yang dihembuskan tanpa bertimbang rasa.
Bila ditegur, perokok tegar ini buat muka.
Tidak puas hati kononnya. Lagak seperti tidak bersalah!
Sumber Artikel : Sinar Harian
Notakaki: Perkara hisap rokok dalam stadium ini memang dari dulu. Bagi admin kalau dah sangap sangat lari la tempat takde orang. sorok sorok la sikit.. masuk toilet ke pergi belakang dinding memana ke. Jangan ganggu orang tengok bola. Orang nak tengok bola bukan nak telan asap.
Kredit : KLViral
Post a Comment