Bengang Dengan Kata-kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan!
Bengang Dengan Kata-kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan! |
Kesimpulan isu Pulau Kukup:
• Johor mahu tukar status Pulau Kukup dari taman negara kepada tanah kesultanan.
• KERAjaan PH tidak setuju melalui Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar kononnya pulau itu perlu dikekalkan sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan Johor.
ARTIKEL MENARIK: Bila Tanya Penyokong Vietnam Siapa Akan Menang, Terkedu DJ Era Ini Dengan Jawapan Dia Yang Mengelirukan. Pandai Dia Cover Line
• Melalui TMJ, Johor menjawab pulau itu hanya tukar status kepada tanah kesultanan, namun ia tidak mengubah status, dasar dan penggunaan sebagai taman berkenaan. Ia terus kekal sebagai status sebuah taman negara. Kau tu orang luar, jangan menyibuk kata TMJ pada Xavier Jayakumar.
• Perdana Menteri menyibuk datang pertahan Xavier Jayakumar, berkata Pulau Kukup tidak perlu dibangunkan dan harus kekal sebagai hutan simpan.
• TMJ menjawab, siapa kata mahu bangunkan Pulau Kukup. Kau nanyuk ke Mahadey?
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini tampil menjelaskan bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi adalah supaya membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan.
Baginda juga memberi jaminan bahawa Pulau Kukup, kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, akan terus menjadi sebagai sebuah taman.
“Sebelum ini, beberapa taman negara telah diswastakan. Di Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mempunyai visi yang berbeza. Untuk melindungi semua taman negara, baginda bertitah bahawa semua taman negara akan diubah menjadi tanah kesultanan.
“Ini diamalkan di United Kingdom di mana semua taman milik Mahkota (Raja). Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah status, dasar dan penggunaan taman berkenaan. Ia terus kekal sebagai status sebuah taman negara,” kata baginda dalam beberapa siri tweet hari ini.
Selain Pulau Kukup, lima taman negara yang dimiliki oleh Johor adalah: Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Gunung Ledang dan Taman Laut Sultan Iskandar.
Pulau Rawa, yang terletak di Taman Laut Sultan Iskandar, dimiliki oleh keluarga diraja Johor.
Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.
Warta pembatalan itu dilaporkan dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu dan hanya dikeluarkan pada 25 Oktober.
Rancangan akan datang terhadap kawasan itu belum diketahui.
Selain dikenali dengan hutan paya bakaunya, sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni. – MK
Belum pun reda isu percubaan menukar Menteri Besar yang mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baginda nampaknya terus lantang menyekolahkan menteri Pakatan Harapan (PH) berhubung isu Pulau Kukup di Pontian, Johor.
Menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter milik baginda, putera sulung Sultan Johor itu mempersoalkan kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang seolah-olah mengganggu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
‘‘Pernah mendengar mengenai enakmen negeri? Mana ada surat atau menteri yang boleh masuk campur Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
‘‘Tanah, agama dan air adalah kuasa di peringkat negeri. Kenyataan akhbar ini adalah jenaka. Terima kasih,” titah baginda merujuk kepada kenyataan Xavier yang mahu status Pulau Kukup dikekalkan semalam.
Terdahulu, Xavier dalam kenyataannya berkata, Kabinet yang bermesyuarat kelmarin berpandangan status Pulau Kukup di Johor perlu dikekalkan sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan Johor.
Bagaimanapun, Tunku Ismail sebelum ini bertitah, Pulau Kukup akan diubah status menjadi tanah kesultanan bagi memastikan kawasan itu lebih terjaga dan dilindungi selepas statusnya diubah.
Sebelum ini, satu salinan Warta Kerajaan Johor berhubung pembatalan perizaban Pulau Kukup sebagai Taman Negara bertarikh 24 September lalu mula tersebar dalam laman sosial dan mendapat perhatian ramai pihak.
Menurut Warta Kerajaan Johor itu, pembatalan keseluruhan kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarkan kuasa diberi mengikut Subseksyen 3 (3) Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989). – UO
Pulau Kukup: Semua pihak perlu terima keputusan KERAjaan – PM
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu semua pihak menerima keputusan kerajaan untuk mengekalkan status Pulau Kukup sebagai taman negara.
Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu faham bahawa Pulau Kukup tidak perlu dibangunkan dan harus kekal sebagai hutan simpan.
“Ini adalah pendirian Kerajaan Persekutuan, saya harap Johor akan terima. Kita tidak menyentuh mengenai Sultan.
“Tanah itu mungkin tanah sultan atau sultanah, tetapi ia tidak boleh menjadi pembangunan. Kami tidak mahu hutan bakau ini ditebang untuk membangunkan pulau ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan yang menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak harus terbabit dalam perkara tanah negeri, Dr Mahathir berkata,
Kerajaan Persekutuan bukan orang luar, sebaliknya bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku di negara ini.
Pada 5 Disember lalu, Tunku Ismail memaklumkan Pulau Kukup yang dibatalkan sebagai rizab Taman Negara, akan menjadi Tanah Kesultanan selain memastikan pulau itu dilindungi lebih baik berikutan perubahan statusnya.
“Pada masa lalu, beberapa taman negara sudah diswastakan. Di Johor, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) mempunyai visi yang berbeza.
“Untuk lebih melindungi semua Taman Negara, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan menetapkan bahawa semua Taman Negara akan diubah menjadi Tanah Kesultanan,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya, hari ini.
Sebelum ini, Jemaah Menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor perlu dikekalkan bagi memastikan kawasan itu terus kekal sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan Johor.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pertukaran status kawasan itu sudah tentu boleh memberi kesan kepada pengiktirafannya sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa yang diterima serta menjejaskan reputasi negara dalam memulihara biodiversiti.
Kebimbangan mengenai Pulau Kukup timbul berikutan warta bertarikh 25 Oktober, memaklumkan bahawa pihak berkuasa negeri akan membatalkan keseluruhan kawasan Pulau Kukup sebagai Taman Negara di bawah Subseksyen 3 (3) Enakmen Alam Sekitar Taman Negara (Johor) 1989.
Taman Negara Johor Pulau Kukup adalah kawasan paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar dunia.
Ia terletak dalam daerah Pontian dengan keluasan 647 hektar dan mempunyai ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui serta menjadi khazanah biodiversiti yang tidak ternilai kepada negara dan Johor khususnya.
Terdapat kira-kira 18 spesies bakau asli di Hutan Paya Bakau Pulau Kukup dan jika dibandingkan dengan kawasan bakau lain di Semenanjung, kekayaan spesies bakau asli di kawasan itu adalah tinggi, dengan mengambil contoh Hutan Paya Laut Matang, Perak seluas 40,000 hektar tetapi hanya terdapat 21 spesies bakau asli.
Pulau Kukup juga dikenal pasti sebagai kawasan persinggahan burung migrasi, tempat pembiakan dan perlindungan hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau serta sumber perikanan dan akuakultur negara.
Terdapat enam taman negara di Johor iaitu Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Pulau Kukup, Gunung Ledang dan Taman Laut Sultan Iskandar. – BH
via : abuleman.com via KLViral
Post a Comment