“Allah…Allah…Allah…mulianya kematiianmu. Indahnya pengakhiranmu,” – Imam Khairul

“Allah…Allah…Allah…mulianya kematiianmu. Indahnya pengakhiranmu,” – Imam Khairul

“Allah…Allah…Allah…mulianya kematiianmu. Indahnya pengakhiranmu,” – Imam Khairul

“Allah…Allah…Allah…mulianya kematiianmu. Indahnya pengakhiranmu,” – Imam Khairul
“Allah…Allah…Allah…mulianya kematiianmu. Indahnya pengakhiranmu,” – Imam Khairul

Setiap manusia menginginkan Syurga Allah SWT dan tiada siapa pun yang ingin masuk ke Neraka. Kisah ini terjadi pada July 2018 dan tujuan kami post semula hanya untuk menunjukkan betapa mulianya insan ini pergi untuk mengadap penciptanya Allah SWT. Kisah ini diterbitkan oleh Berita Harian pada July 2018.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Tanya Kepada Orang Arab Ini Kenapa Padang Pasir Sekarang Menjadi Hijau. Ini Jawapan Orang Arab Ini. Masyallah


Meninggal dunia ketika buka pintu masjid

JOHOR BAHRU: “Allah…Allah…Allah…mulianya k3matianmu. Indahnya pengakhiranmu,” demikian coretan lelaki dikenali sebagai Imam Khairul mengenai k3matian peniaga kedai makan, Osman Ahmad, 68, di Masjid An Nur Galleria @ Kotaraya, semalam.
Terdahulu, coretan serta video berdurasi 24 saat itu memperlihatkan k3matian Osman atau lebih dikenali sebagai Pak Osman yang rebah selepas membuka pintu masjid berkenaan.
Allahyarham yang berada di depan pintu dilihat tidak bergerak dan rebah di depan masjid sebelum dibantu tiga individu yang berada di kawasan itu.
Berdasarkan coretan ringkas itu, Imam Khairul memperincikan keadaan Pak Osman beriktikaf lebih awal.
“Hari ini Jumaat. Beliau sedang iktikaf lebih awal. Beliau solat lebih awal.
“Beliau membantu pihak masjid membuka salah satu pintu tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti,” katanya dalam perkongsian di FB Slumber Daily Plus.
Dalam kejadian itu, Allahyarham diberikan pertolongan kecemasan kira-kira 40 minit sebelum disahkan meninggal dunia.
“Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid An Nur Galleria @ Kotaraya.


“Semoga Allah merahmati roh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan Allah, lalu Allah memuliakannya,” katanya.
Katanya, k3matian Pak Osman juga ketika melakukan banyak kebaikan.

HUSNUL KHATIMAH MILIK PAK OSMAN, INSYALLAH

“Sedang hari ini hari Jumaat (semalam). Sedang beriktikaf, sedang berpuasa pula, sedang menanti di taman syurga majlis ilmu. Sedang mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid.
Seolah-oleh selangkah lagi masuk ke syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya,” katanya yang memberitahu Allahyarham dipanggil abah dalam kalangan jemaah masjid.
Katanya, kewujudan Pak Osman tidak disedari dan ketiadaannya kurang dicari.
“Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih banyak sekalipun zahir ilmunya macam sederhana.
“Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah Maghrib. Umurnya pencen tetapi ibadahnya belia.
“Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudah pun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba dia biasanya menghulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dengan anaknya. Begitulah rutin beliau,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais, ketika dihubungi mengesahkan mengenai k3matian warga emas itu jam 12.50 tengah hari semalam.
“Dalam kejadian itu pengadu, wanita berusia 22 tahun bersama bapanya yang beralamat di Bandar Baru Uda ke Masjid Galeria @ Kotaraya untuk bersolat.
“Ketika hendak membuka pintu masjid, si mati tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia,” katanya.
RAKAMAN DETIK PAK OSMAN DI’JEMPUT’ KETIKA DALAM MESJID. SUBHANALLAH
Siasatan mendapati mangsa berniaga nasi ayam di bangunan itu dan ada rekod sakiit jantung, darah tinggi serta kencing manis.
“Tiada kecederaan atau unsur jenayah ditemui pada si mati dan bedah siasat mendapati punca k3matian disebabkan sakiit jantung,” katanya.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE
Notakaki: Salam Takziah dari kami dan semoga roh Pak Osman tenang dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman. Amin
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post