7 Kali Cubaan Akad Nikah Suami Kena Buat Sebab Nama Pendek Sangat. Adakah Ini Nama Paling Pendek Dalam Dunia

7 Kali Cubaan Akad Nikah Suami Kena Buat Sebab Nama Pendek Sangat. Adakah Ini Nama Paling Pendek Dalam Dunia

7 Kali Cubaan Akad Nikah Suami Kena Buat Sebab Nama Pendek Sangat. Adakah Ini Nama Paling Pendek Dalam Dunia

7 Kali Cubaan Akad Nikah Suami Kena Buat Sebab Nama Pendek Sangat. Adakah Ini Nama Paling Pendek Dalam Dunia
7 Kali Cubaan Akad Nikah Suami Kena Buat Sebab Nama Pendek Sangat. Adakah Ini Nama Paling Pendek Dalam Dunia

ISKANDAR PUTERI: Ada kisah di sebalik setiap nama yang setiap manusia di dunia ini.

Bagaimana nama seseorang diperolehi juga pasti ada kisah atau rahsia di sebaliknya.

ARTIKEL MENARIK: Wartawan Berbangsa India Buat Liputan Peng3bumian Adib Dikecam. Jurugambar Ini Mempertahankan Wartawan Bangsa India Ini Kerana..


Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa.

Pemilik nama S binti Rusli ini mungkin menjadi antara pemilik nama paling pendek di negara atau dunia.

Menurut S, 32 tahun, yang bekerja sebagai pelukis pelan, namanya menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.

Katanya, ramai yang tidak percaya ketika dia memperkenalkan diri dengan nama itu.

“Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan.

“Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.

“Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok,” katanya.

Pemegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57 tahun.

Selain S, nama adik-adiknya juga pendek, ringkas dan mudah diingat iaitu Liz (29 tahun), Maz (18 tahun) dan Hani, 15 tahun.

S yang bertugas sebagai pelukis pelan bangunan di syarikat swasta berkata, nama yang ringkas juga mempunyai kesukaran dari segi kepercayaan.

Jelasnya, ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya ketika dia mendaftarkan namanya.

Kerana itu, S selalu membawa kad pengenalannya ke mana-mana walaupun ketika menemani anak beriadah di taman permainan berdekatan.

Kata S, walaupun namanya hanya satu huruf, suaminya Nuzrul Hasan, 38 tahun, terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.

“Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh.

“Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri,” jelasnya.

Ibu kepada tiga anak itu juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani (10 tahun), Dani (4 tahun) dan Wani (1 tahun).


Sementara itu, Rusli berkata, nama S diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang.

“S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang,” ujarnya.

Pada Rusli, apa pun nama yang diberikan,sudah cukup jika ia memudahkan orang lain untuk menyebut dan mengingatinya.

Sumber Artikel: Astro Awani via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post