Seorang Cikgu terpaksa berjalan kaki 40km tiap hari demi tugas

Seorang Cikgu terpaksa berjalan kaki 40km tiap hari demi tugas

Hari ini kali ke tiga saya tumpangkan cikgu ini dalam masa dua minggu. Minggu lalu buat pertama kali saya jumpa guru ini jalan kaki di persimpangan lombong pasir. Pada masa itu saya tidak menumpangkan beliau sebab saya fikir beliau sedang melarikan diri dari rumah.

Seorang Cikgu terpaksa berjalan kaki 40km tiap hari demi tugas
Seorang Cikgu terpaksa berjalan kaki 40km tiap hari demi tugas

Sebab berpakaian sukan dan berbag galas yang agak besar, agak pelik bila melihat seseorang berjalan kaki di awal pagi di jalan Linggiu – bandar tenggara, Johor ini. tapi dalam hati kesianya dari manalah jalan kaki seorang diri macam ini?.

Dua hari kemudian semasa baru keluar simpang kampung saya di Linggiu saya nampak beliau sekali lagi. kali ini dia lambai tangan nak tumpang. saya stop kereta dan bagi beliau naik. cerita pun bermula.

ARTIKEL MENARIK: Punggung isteri menggerutu antara punca cerai di Malaysia – Hannah Yeoh


beliau ni saya tak tanya pula apa namanya. sebab niat tumpangkan sampai destinasi habislah episod itu, tapi tak rupanya. Beliau merupakan guru tadika perpaduan di kawasan bandar tenggara. tapi saya tidak pernah tumpangkan beliau sampai depan sekolah sebab saya juga kejar punch card. menurut beliau selama ini beliau ke sekolah tumpang kawan tetapi kawanya cuti bersalin 3 bulan. sebelum jalan kaki dan menumpang orang lalulalang beliau bawa kereta tetapi kereta rosak sebab terlibat kemalangan semasa nak ke sekolah.

beliau kata dah 3 minggu dia jalan kaki dan menumpang kenderaan lain ke tempat kerja. Rumah beliau di batu 4 jalan air terjun, 40km dari sekolah. menurut ceritanya semasa saya jumpa beliau di kawasan lombong pasir beliau tumpang lori sampai ke situ. saya tak pasti siapa tumpangkan beliau sampai ke tempat kerja.

kali ke dua saya jumpa (kali pertama saya tumpangkan) beliau kata dari rumah tahan kereta guru dari SMK linggiu dan selepas itu tumpang saya sampai ke bandar tenggara. sebelum turun saya pesan jika saya jumpa saya tumpangkan tapi saya tak boleh tunggu atau janji serta berkomitmen.

Esoknya saya cari juga beliau, tapi tiada dan lusanya juga. hinggalah semalam saya tumpangkan beliau. saya tanya sebelum ni tumpang siapa, beliau kata tumpang pakcik yang hantar cucu ke PDK Bandar Tenggara. saya kenal pakcik ni sebab dulu pakcik inilah yang ajar saya mengaji. pakcik saat namanya.


Hari ini saya tumpangkan beliau buat kali ke tiga. hari ini dari rumah beliau tumpang cikgu pendidikan khas SK Linggiu. semasa dalam perjalanan tu beliau dapat whatapp dari cikgu smk linggiu bertanyakan posisi beliau dengan niat mahu menumpangkan beliau.

mujurlah sesi persekolahan hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi. respect .

Kredit: Mohd Maui via deaibutywitch

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post