Selepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan Bulat
Selepas Mereka Berjaya Jumpa Kotak Hitam Lion Air Tiba Tiba Mereka Ternampak 1 Objek Yang Besar Dan Bulat |
JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Karawang pagi semalam.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhammad Syaugi berkata, FDR itu ditemui pada kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas.
ARTIKEL MENARIK: Penyelam Ini Terkorbaan Ketika Pencarian Lion Air. Sebab Kemaatian Dia Didedahkan
“Kami menemui sebahagian kotak hitam iaitu FDR (tapi) perakam suara kokpit (VCR) masih belum ditemui,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan stesen televisyen tempatan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1, yang terlibat dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang semalam.
Beliau berkata, FDR itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia (TNI) pada jam 10.05 pagi semalam.
Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit).
Sementara itu, penyelam yang menemui FDR berkenaan, Sertu Hendra berkata, dia melihat sebuah kotak berwarna jingga yang tertimbus di dalam lumpur di dasar laut itu.
“Ketika itu, saya menyelam pada kedalaman 30 meter, saya juga melihat adanya bangkai pesawat yang panjangnya kira-kira satu setengah meter,” katanya.
Menurut pakar-pakar aviasi, maklumat terkandung dalam kotak hitam dapat membantu menerangkan hampir 90 peratus nahas yang berlaku.
Setiap satu kotak hitam itu mempunyai berat antara 7 kilogram(kg) hingga 10kg dan dapat bertahan pada kedalaman 6,000 meter di dalam laut atau sejam pada suhu tinggi 1,100 darjah Celsius.
Bagi memudahkan alatan itu dijumpai, setiap kotak hitam dilengkapi pemancar yang boleh menghantar isyarat selama sebulan.
Sementara itu, operasi SAR hari keempat semalam turut menggunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar yang sebelum itu telah mengesan isyarat ‘ping’ di koordinat berkenaan.
SUMBER : Kosmo Online
Roda pesawat Lion Air ditemukan
Pasukan penyelam Indonesia menemukan roda pesawat Lion Air JT610 berhampiran penemuan perakam data penerbangan di perairan Karawang, Jawa Barat, semalam.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhammad Syaugi yang dipetik portal Detik.com sebagai berkata, pihaknya menemukan roda berserta serpihan pesawat lain.
Tambahnya, turut ditemukan adalah mayat penumpang berhampiran perakam data penerbangan itu.
SUMBER : Utusan Online
Rakaman Detik Roda Pesawat LION AIR Diselamatkan.
Memasuki hari ke-5 pencarian kotak hitam serta badan pesawat Lion Air terus dilakukan, Jumat sore Tim SAR baru saja menemukan roda pesawat Lion Air PK-LQP.
Obyek ini ditemukan penyelam tidak jauh dari lokasi penemuan kotak hitam, dengan temuan ini Tim SAR memperkirakan bahwa area pencarian semakin mendekati lokasi badan pesawat
Kredit : KLViral
Post a Comment