“Sebelum Hantar Anak, Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh” – Ini Luahan Sayu Ibu Zara..

“Saya minta ibu bapa yang mahu hantar anak mereka ke rumah pengasuh, periksa dulu latar belakang pengasuh sekeluarga termasuk suaminya.

“Sebelum hantar anak, lebih baik tanya dahulu pendapat jiran sama ada pengasuh itu baik atau tidak. Saya tidak mahu apa yang terjadi kepada anak saya berulang kepada bayi lain kerana pedihnya apabila orang melakukan perkara tidak berperikemanusiaan kepada anak kecil,” kata Noraihan Ab Aziz, 22.

ARTIKEL MENARIK: Menjerit Minta Tolong Sambil Bergelut Menahan Ular Yang Cuba Jerut Leher..

Noraihan ibu kepada Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, bayi 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Noraihan berkata, dia tidak dapat bayangkan kesengsaraan anaknya yang terlalu kecil untuk menanggung kesakitan selepas didera hingga belakang kepalanya bengkak dan ada kesan koyakan di kemaluan.

Katanya, sebagai ibu bapa jangan cuai dengan meletakkan anak di bawah jagaan pengasuh yang tidak tahu asal usul dan identiti.

“Teliti dahulu latar belakang pengasuh kerana saya tidak mahu perkara sekejam ini berulang kepada anak orang lain. Saya percaya kepada pengasuh berkenaan kerana perwatakannya baik dan berjanji akan menjaga anak saya seperti anak sendiri.

“Namun, tidak sangka itu hanya janji kosong apabila anak saya sebenarnya dijaga sepenuhnya oleh suami pengasuh selepas dimaklumkan pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

NSTP sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh. – BH Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post