“Saya Dijanjikan Wang Yang Banyak Jika Membunuh Dan Rogol Mayat Ibu”. Tergamaknya Anak, Cekik Ibu Hingga Mati..
“Saya Dijanjikan Wang Yang Banyak Jika Membunuh Dan Rogol Mayat Ibu”. Tergamaknya Anak, Cekik Ibu Hingga Mati.. |
Tergamaknya seorang anak melakukan perkara yang keji begini terhadap ibu kandungnya sendiri. Bukan sahaja membunuh, tetapi dia turut merogol mayat ibunya itu gara-gara terpedaya dengan skim cepat kaya yang diperkenalkan oleh seorang bomoh.
Remaja berkenaan, Samuel Akpobome, 18, berkata, bomoh tersebut menjanjikannya kekayaan jika dia membunuh dan menidurinya ibu dalam kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan kira-kira 32 kilometer di bandar Ologbo.
ARTIKEL MENARIK: Nak Bagi Ke Tak? “Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri” – Suami Durjana
Difahamkan, tindakan itu digelar ‘ritual wang’ dengan melibatkan pembunuhan orang tersayang agar roh memberikan pelaku kekayaan dalam sekelip mata kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang.
“Saya dijanjikan wang yang banyak jika membunuh dan rogol mayat ibu.
“Bomoh itu menyuruh saya mencekik ibu hingga mati semasa dia sedang tidur, dan merogolnya setelah itu.
“Selepas itu, dia suruh simpan mayat ibu selama dua hari,” kata Akpobome.
Tambah Akpobome, selepas melakukan perbuatan keji itu, dia diminta memotong cuping telinga serta jari ibunya untuk diserahkan kepada bomoh terbabit.
Namun, remaja itu tidak sempat melaksanakan arahan tersebut apabila perbuatannya terbongkar selepas disedari oleh neneknya sendiri.
”Nenek membuka pintu dan melihat saya bersama mayat ibu di dalam bilik dan terus memanggil jiran sekeliling,” kata Akpobome.
Sementara itu, Komisioner Polis, Babatunde Kokumo berkata, Akpobome bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.
Sumber : The Sun via Siakapkeli.my
Post a Comment