Saksi Menceritakan Apa Sebenar Terjadi Sebelum Kejadian Menjadi Tidak Terkawal
Saksi Menceritakan Apa Sebenar Terjadi Sebelum Kejadian Menjadi Tidak Terkawal |
“KETIKA kejadian, kami sedang sembahyang, sebelum dikejutkan dengan bunyi orang menjerit dari luar pagar kuil,” kata Ng Vijai, 38, yang juga ahli jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, rusuhan di kawasan kuil terbabit akibat perselisihan faham antara dua kumpulan mengakibatkan beberapa individu cedera.
ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Pihak Pemaju One City Tampil Untuk Beri Keterangan Tentang Insiden Tersebut
Vijai mendakwa, dia melihat sekumpulan individu yang memakai pakaian hitam dan bertopeng membawa senjata seperti pisau, parang dan kayu menjerit meminta mereka yang berada di dalam kuil berkenaan keluar.
MEREKA MEMOTONG PAGAR DAN MENGACU PARANG
“Mereka melakukan provokasi terhadap kami dengan melaungkan isu sensitif. Malah, ada antaranya mereka masuk dengan memotong pagar sebelum mengacu parang serta pisau ke arah kami. Sebelum polis tiba, ada sekumpulan lelaki yang juga ahli kuil ini datang membantu.
“Suasana ketika itu kecoh dengan ada antaranya mereka memecah tingkap kuil, merosakkan kerusi meja dan membakar kenderaan di sekeliling kuil. Dianggarkan, kira-kira lima individu yang berada di dalam kuil ini cedera dan dibawa ke hospital swasta di USJ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Sementara itu, Ketua Sami Kuil Sri Maha Mariamman Jeyakumar Subramaniam mendakwa, ketika rusuhan, ada antara individu luar terbabit yang memecah masuk setiap bilik di kuil berkenaan dan melarikan barangan berharga dan wang tunai.
KECURIAN BARANG BERHARGA JUGA BERLAKU
“Saya dimaklumkan ada yang kehilangan telefon bimbit dan wang tunai ketika kekecohan itu. Malah, pejabat juga dipecah masuk menyebabkan dokumen berkaitan kuil ini serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM2,000 lesap.
“Saya percaya rusuhan ini tiada kaitan dengan isu perkauman, namun berkaitan isu pemindahan tanah yang sedang dialami kuil ini. Ada pihak yang cuba memutar belit fakta mengenai insiden ini,” katanya.
Pemindahan kuil itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 menerusi penghakiman persetujuan selepas empat pihak bersetuju menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya.
Empat pihak terbabit ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.
Chellappa memfailkan bantahan terhadap usaha One City mengambil tapak kuil berkenaan pada 1996. Dalam penghakiman persetujuan itu, pemilik tanah, (One City) juga bersetuju mendepositkan wang sebanyak RM1.5 juta kepada pihak kuil dan difahamkan wang terbabit sudah didepositkan kepada peguam kuil.
Kredit : KLViral
Post a Comment