Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir . Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter

Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir . Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter

Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir . Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter

Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir . Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter
Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir . Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter

PETALING JAYA: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terperanjat apabila baginda disekat daripada mengikuti perkembangan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Twitter.

Isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu mendakwa baginda tidak mengikut akaun ahli politik PKR itu sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK: Kuih “Barang Dalam Kain”. Mufti Kelantan Beri Teguran Pada Peniaga


“Saya tidak ikut politik dan tidak ‘follow’ @rafiziramli. Semalam (Khamis), saya sengaja nak baca ‘tweet’ Rafizi.

“Terperanjat saya kerana dia sekat saya. Kenapa? Pelik sungguh!” tulis Tunku Azizah menerusi posting di Twitter pada petang Jumaat sambil menyertakan gambar paparan skrin baginda disekat.

Posting Tunku Azizah itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata berpendapat ahli politik tersebut tidak sengaja berbuat demikian terhadap baginda.

Seorang pelayar Twitter @queentypo664 berkata, mungkin pentadbir akaun Twitter Rafizi menyangka akaun Tunku Azizah merupakan akaun palsu kerana sering memuat naik posting secara bersahaja.

b1f76322d7be4269b2dd22a7b7ef353c.ashx?la


Paparan skrin menunjukkan akaun Twitter Tunku Azizah yang disekat oleh Rafizi.
“Saya rasa admin dia ingat Tuanku ‘fake’ sebab cara Tuanku ”tweet’ selama yang saya nampak dan baca, Tuanku memang sempoi,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter @dr_ishakjohari dilihat turut bersetuju dengan teori tersebut.
“Mungkin pentadbir akaun @rafiziramli ingat Twitter Tuanku ‘fake’ agaknya,” kata pemuda itu.
Sementara itu, @ariffeuer berkata: “Mohon saudara Rafizi ‘unblock’ (membuka sekatan) Tuanku… tiada sebab untuk sekat pun.”

Isteri kepada Tengku Mahkota Pahang itu gemar berinteraksi dengan pengikutnya di Twitter, selain berkongsi tip berkaitan makanan.

Baginda yang senang dengan gelaran Che Minah Sayang itu juga memiliki lebih 17,000 pengikut di Twitter.


Saya tiada masalah kerjasama dengan Rafizi, kata Azmin

azmin-ali-talk-151118.jpg


SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali yakin Rafizi Ramli akan diberikan peranan dalam parti, jika kalah dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR dan menolak dakwaan beliau mempunyai masalah bekerjasama dengan pencabarnya.

“Saya percaya sahabat saya, Rafizi Ramli akan mempunyai peranan dalam parti.

“Dia telah mainkan peranan bertahun-tahun, saya rasa saya boleh bekerjasama dengan Rafizi untuk mengukuhkan parti untuk persediaan pilihan raya akan datang,” katanya selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Pemuda PKR malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Azmin mendahului saingan jawatan nombor 2 dalam PKR itu dengan majoriti 3,956 undi, selepas pemilihan parti itu berakhir Ahad lalu.

Azmin dikatakan mendapat 70,550 undi, sementara Rafizi memperoleh 66,594 undi.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan mengumumkan keputusan rasmi Ahad ini.

Tidak umum kemenangan di Twitter

Azmin menafikan beliau mengumumkan kemenangannya menerusi Twitter, sebaliknya mendakwa itu adalah kesilapan laporan media.

“Itu kerana kesilapan pihak media memberi laporan tidak tepat. Saya tidak pernah ‘claim victory’ sehingga pihak JPP mengumumkan secara rasmi,” katanya yang memaafkan kesilapan media.

“Kalau lihat ‘tweet’ saya, saya sekadar nyatakan Alhamdulilah dan syukur terima kasih kepada semua anggota parti yang berjaya teruskan agenda reformasi tulen.

“Kita serahkan pada JPP untuk laksanakan tugas mereka dan selesai proses ini, pastinya JPP akan buat pengumuman rasmi tentang kepimpinan dalam Pemuda, Wanita dan parti.”

Ahad lalu, satu mesej seperti poster tersebar dalam WhatsApp, di mana Azmin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan ahli PKR, manakala bahagian bawahnya tertera namanya dan timbalan presiden PKR (2018 – 2021).

Sokong Anwar

Azmin yakin PKR akan bertambah kuat di bawah kepimpinan Presiden baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya perpaduan dalam parti diberi tumpuan kukuh, rancangan luar tidak boleh membolosi perpaduan dalam parti.

“Kita telah lalui banyak ujian, saya yakin kematangan kepimpinan dalam PKR telah berjuang lebih 20 tahun.”

E-undi ada kelemahan Azmin turut mengakui kelemahan dalam sistem e-undi yang diperkenalkan dalam pemilihan parti tahun ini.

“Kita sedia terima pandangan daripada ahli untuk tambah baik sistem ini di masa akan datang.”

Menteri hal ehwal ekonomi itu menerima keputusan JPP untuk tidak mengadakan pemilihan semula di PKR Bahagian Julau, susulan “serangan siber” ke atas sistem e-undi, Sabtu lalu.
“Kita telah beri mandat JPP untuk adakan pemilihan yang adil.

“Jadi, saya rasa kita perlu bagi sokongan penuh pada JPP. Jangan ada pemimpin PKR yang masuk campur proses pemilihan.”

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post