Padang Pasir Tandus Di Negara Saudi Kembali Menghijau

Padang Pasir Tandus Di Negara Saudi Kembali Menghijau

Adakah anda tahu bahawa padang pasir di Afrika Utara dan Semenanjung Arab dulunya adalah sebuah hutan yang subur?

Beberapa surah Al-Quran ada menceritakan tanah yang bertukar dari kebun-kebun yang rimbun dengan sungai-sungai ke padang pasir kering setelah manusia diatasnya melakukan dosa.

Padang Pasir Tandus Di Negara Saudi Kembali Menghijau
Padang Pasir Tandus Di Negara Saudi Kembali Menghijau

Ternyata kisah ini tidak seperti metafora seperti yang kita fikirkan.

Manusia awal di dunia telah tinggal di kawasan lembah Nil hampir 6000 tahun dulu. Pada satu ketika, mereka telah berpindah dari Asia dan dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Arab.

Apa yang menarik komuniti manusia awal ini untuk tinggal di tanah Arab, mengikut kajian terkini, perubahan cuaca di padang gurun yang disebabkan oleh hujan lebat musim hujan menyuburkan tanah adalah penyebab utama.

Dalam tempoh hanya beberapa abad, hujan mengubah landskap gersang menjadi sebuah tanah yang menghijau dengan tumbuhan.

Kajian yang berjudul ‘Alluvial fan records from southeast Arabia reveal multiple windows for human dispersal’ dijalankan terutamanya oleh Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi dan Sekolah Arkeologi University Oxford.

ARTIKEL MENARIK: Gara Gara Sumbat Budak Dalam Mesin Dobi. Ini Sebab Mahkamah Jatuhkan Hukuman Kepada Lelaki Tersebut


Sebelum menjemput penyelidik asing, kerajaan menjalankan sendiri kaji selidik arkeologi kebangsaan pada tahun 1980-an.

Tumbuh-tumbuhan yang subur dan kolam air tawar – terletak pada apa yang kami panggil hari ini ‘Empty Quarter, atau Rubh’ Al Khali’ yang merupakan padang pasir terbesar di dunia yang dikelilingi oleh Arab Saudi, Yemen, Oman, dan UAE – mula menarik haiwan seperti gajah, badak sumbu, badak air , dan buaya untuk datang hidup disana.

Hujan monsun yang menyuburkan tanah gersang berterusan untuk beberapa milenium sehingga ia berhenti kira-kira 7,300-5,500 tahun yang lalu, bertepatan dengan permulaan tamadun Mesir Kuno, yang mana kebanyakan penduduk gurun itu kembali.

Hujan berhenti secara tiba-tiba dalam tempoh kira-kira 300 tahun lalu, jadi tanah kembali kering . Ia mengambil masa kira-kira 1,100 tahun untuk menjadi gersang dan tandus seperti hari ini.

Saintis NASA percaya bahawa hujan monsun berhenti menghujani tanah Arab kerana perubahan paksi Bumi dari 24.1 darjah ke 23.5 darjah kini, mendedahkan kawasan rantau itu kepada cahaya matahari yang lebih kuat.


Perubahan paksi itu berlaku disebabkan tindak balas kepada daya graviti dari sistem suria dan mungkin berlaku lagi apabila kecondongan terus berubah sekitar 22 dan 25 darjah setiap 41,000 tahun, menurut anggaran saintifik.

Para saintis meramalkan bahawa kitaran iklim yang menjadikan padang pasir menghijau akan berlaku lagi di rantau ini.

Kredit : KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post