Nyaris M4ut Dibelit Sawa ‘Gergasi’ Remaja Ini Kongsi Detik Cemas
Nyaris M4ut Dibelit Sawa ‘Gergasi’ Remaja Ini Kongsi Detik Cemas |
Nyaris m4ut dibelit sawa ‘gergasi’
DUNGUN – “Saya letak kaki terus ular belit dan lepas itu membelit paha serta badan,” kata seorang remaja yang masih trauma apabila diserang seekor ular sawa ‘gergasi’ dalam kejadian di pekarangan rumahnya di Taman Mulia, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 pagi, Hamirul Ali, 18 berdepan detik cemas apabila reptilia berbahaya tersebut bukan sahaja membelit tetapi ular sawa itu turut menggigitnya.
ARTIKEL MENARIK: Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini. Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda
Hamirul berkata, sewaktu kejadian dia baru pulang dari rumah abangnya yang terletak berhampiran dengan kediaman ibu bapanya.
“Malam tadi selepas bermain futsal saya tidur di rumah abang. Tiba-tiba tengah malam saya terjaga dan terasa nak balik ke rumah. Saya hentikan motosikal di garaj di tepi rumah dan ketika nak pijak tanah, ular terus membelit.
“Saya sangkakan kucing rupa-rupanya ular besar. Saya terus tarik kaki tapi belitan ular semakin kuat. Saya memang geli dan gerun dengan ular tapi sebab terlalu cemas dia pegang ekor dan tahan badan ular itu daripada terus membelit,” katanya.
Menurutnya, mak dan ayahnya yang mendengar jeritannya kemudian membantu dengan memuukul ular itu dan dia dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.
“Saya cuba lepaskan diri tapi tak berjaya dan saya jerit sekuat hati untuk minta pertolongan mak ayah. Nasib baik mak ayah terjaga daripada tidur dan ayah terus memuukul ular.
“Selepas bergelut beberapa minit ular besar itu akhirnya lepaskan belitan. Saya yang cedeera sebab digigit ular dibawa ke klinik dan terima lapan jahitan. Saya dibenarkan balik ke rumah kerana tak ada kecedeeraan serius,” katanya.
Hamirul berkata, dia masih tidak sangka kejadian mengerikan itu boleh menimpa dirinya.
“Saya memang takut ular, yang kecil pun saya geli nak pegang, inikan pula ular besar. Sebelum ini memang sudah ada ayam dan kucing hilang dipercayai dimakan ular tapi saya tak pernah jumpa ular depan mata,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Penolong Penguasa Bomba Jaswari Awang berkata, tiga anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk menangkap ular sawa seberat hampir 100 kilogram itu.
“Ketika kami sampai mangsa sudah dihantar ahli keluarga ke klinik. Ular berkenaan ditangkap dalam keadaan masih hidup dan sudah dilepaskan semula ke habitatnya semula yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.
Sumber : Info Roadblock Polis/JPJ
Post a Comment