Nabil Dan Jihan Menyembah Ramli MS Seperti Sembah Berhala Dan Akhirnya Isteri Ramli MS Bersuara Kerana Ini
Nabil Dan Jihan Menyembah Ramli MS Seperti Sembah Berhala Dan Akhirnya Isteri Ramli MS Bersuara Kerana Ini |
PENYANYI Alyah terus menimbulkan tanda tanya berhubung situasi rumah tangganya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS yang seolah-olah sedang bergolak apabila dia dilihat meninggalkan komen di laman sosial suaminya.
Alyah menerusi ruang komen menyindir Ramli yang memuat naik video memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad membuat ucapan hari jadi kepadanya.
ARTIKEL MENARIK: “Keluarga Dia Bole Terima Saya, Cuma Saya..”. Ini Rupanya Kenapa Zamani Tangguh Kahwin. Cuba Teka Siapa Teman Istimewanya..
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu memberitahu sambutan hari jadi seperti itu digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat untuknya di rumah.
Antara komen Alyah di Instagram Ramli.
“Macam ni la yang dia suka… Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker,” tulisnya.
Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.
Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.
Pun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.
“Tak payah busybody la sebab I tak text nama you kat sini… So shut up!
“Aku doakan semoga kau duduk kat tempat aku hanya sehari dan kau boleh tahu kenapa aku macam ni… Tak payah tunjuk hero untuk masalah orang lain,” tulisnya.
Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.
“Kau pergi la kahwin dengan dia… Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk!
Status Alyah yang menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
“Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims,” balasnya.
Terdahulu Alyah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa luahan berbaur kecewa di Instagram miliknya.
Alyah dalam salah satu status yang dikongsinya mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.
Dalam satu status berbeza Alyah turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tanggannya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Video Ramli MS Disembah Nabil Dan Jihan
“Pura-pura bahagia itu penat. Ya, aku sedang beremosi sekarang ini, tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui,” tulisnya.
Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik gambar Allahyarham bapanya, Abu Hasan dan memberitahu sekiranya bapanya masih hidup pasti tiada siapa yang berani mempermainkannya.
“Sekiranya Apak (Bapa) masih hidup sudah tentu tak akan ada orang yang akan mempermain-mainkan aku,” katanya.
8 tahun hanya Alyah sahaja jawab hal rumah tangga… Cukuplah!
SETELAH membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk Ramli MS, Alyah akhirnya mengaku tindakannya itu adalah satu hari terburuk dia pada tahun ini.
Alyah, bagaimanapun yakin untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan selain sudah memikirkan kesan akibat komen ditinggalkannya itu.
“Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya untuk sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen saya di Instagram (si dia – merujuk kepada Ramli MS) saya dah tahu apa akibatnya dan saya sangat pasti dengan apa yang saya buat, saya bukan budak-budak yang baru dapat telefon.
“Dalam setahun ada 12 bulan, jangan kata penyanyi jelah, kita letak semua manusia dalam bumi ini, tak kira dia lawyer, nelayan, dia apa-apalah atau dia netizen sekalipun, mesti ada hari buruk kita dalam 12 bulan tu,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.
Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.
Pun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.
Sementara itu, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini berkata komennya itu tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dan menganggap ia ingatan daripada Allah.
“Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan kejadian ini tidak terjadi setiap hari. Saya percaya ini juga gerak daripada Allah bagi mengingatkan saya juga (si dia) dan mungkin kami terleka dan ego dengan sifat suka menyalahkan.
“Air tidak perlu mengatakan yang dia suci, matahari tidak perlu bagitahu yang dia kuat, siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yang dia hebat,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 37 tahun ini berkata dia tidak mahu lagi menjawab sebarang persoalan mengenai rumah tangganya.
Malah, dia memohon maaf jika kata-katanya selama ini menggores hati mana-mana pihak di luar sana dan percaya Allah mengetahui apa yang terbuku dalam hatinya.
“Selama lapan tahun hanya saya saja yang menjawab segala persoalan dari anda mengenai rumah tangga saya dan hari ini saya ingin memberitahu saya tidak akan lagi menjawab segala soalan mengenai rumah tangga saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.
“Saya percaya hanya Allah sahaja tahu apa yang ada di dalam ini. Mungkin saya telah mencuit atau menguris hati-hati di luar sana.
“Saya ALYAH dengan serendah diri memohon maaf kerana saya telah membuatkan kamu kecewa, namun jauh di sudut hati saya tidak bermaksud sedemikian,” ujarnya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Post a Comment