“Mustahil Untuk Saya Dapatkan RM100,000 Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun” – Ini Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2

“Mustahil Untuk Saya Dapatkan RM100,000 Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun” – Ini Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2

“Mustahil Untuk Saya Dapatkan RM100,000 Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun” – Ini Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2

“Mustahil Untuk Saya Dapatkan RM100,000 Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun” – Ini Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2
“Mustahil Untuk Saya Dapatkan RM100,000 Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun” – Ini Luahan Sayu Penyebar Filem Munafik 2

Mahkamah Majistret Taiping Asmadi Hussin mengarahkan seorang jejaka, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah untuk membayar RM100,000 kepada Skop Productions semalam.

Ini berikutan kesalahannya menyebarkan secara haram filem Munafik 2 di laman Instagram dan Facebook miliknya yang menggunakan nama Sasuke Kun.

ARTIKEL MENARIK: SubhanAllah! ‘Inilah Jemaah Pilihan Allah SWT’ – Isteri M3ninggal Dunia Sehari Selepas Pemergian Suami Di Meka


Selepas dikenakan tindakan, luahan hati Izwan menarik perhatian netizen.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan menyesali perbuatannya menerusi salah sebuat status yang dikongsinya semalan.

Status Izwan kini sedang tular dan mendapat 516 perkongsian di laman Facebook.

“Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Datuk Yusof Haslam dan anak beliau Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan Datuk dalam beberapa bulan ini.

“Dan juga ingin memohon maaf kepada P.A Datuk dan adik perempuan Datuk sendiri kerana telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

“Saya sekali lagi dgn rasa rendah diri… menyatakan saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 sebagai gantirugi kepada pihak Skop betul-betul membuatkan saya tersentak.

“Tapi saya sangat-sangat bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara.. sekurang-kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua dua ibu bapa saya yang kian meningkat usia.

“Saya tak kisah saya tak ada kereta, tak ada rumah sendiri, walau tak ada jodoh sekalipun (tak kahwin)… yang penting saya masih diberi peluang untuk menjaga ibu bapa saya.

“Biarpun sepanjang hayat saya bekerja keras semata-mata untuk membayar gantirugi kepada pihak Skop, nilai RM100,000 tu teramatlah besar bagi orang biasa macam saya, mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun.. Tapi saya berjanji saya akan bayar juga walaupun sikit-sikit kepada pihak Skop..

“Inilah pengajaran untuk saya yang Allah turunkan.. dan saya berharap sangat ini juga boleh menjadi pengajaran untuk orang lain.

“Mana-mana individu kat luar sana yang berhasrat atau sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti sharing link mahupun aktiviti-aktiviti yang melanggar hakcipta ini TOLONGLAH HENTIKAN, KERANA NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG.

“JANGAN ANGGAP BENDA NI MUDAH DAN RINGAN.. KERANA SAYA PUN MACAM TU JUGA PERMULAANNYA TAPI TENGOKLAH SEKARANG.. KESAN DAN IMPLIKASINYA YANG SAYA SEDANG HADAPI,” antara yang ditulis oleh Izwan.


Izwan berharap agar semua pihak dapat mengambil pengajaran dari apa yang terjadi kepada dirinya.


Reaksi Netizan:

“nak buat mcm mana bubur dah jadi nasi”

” Buat bersabar. Inshaallah ada la jalan tu nanti. Cuba contact dato yusuf minta dia kurang kan sikit kos tu.”

“Setahu Aku dato dgn samsul Ada perikemanusian..Cuba contact Minta rayuan untuk kurangkan byran denda”

“Sabar & tabah. Rezeki Allah maha luas.. jauh di sudut hati saya bersimpati dengan awak. Ramai manusia buat kesilapan yang sama tapi Allah pilih awak untuk di uji. Yakin ujian Allah tu tanda Allah sayang. Mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk awak.”

“Sabar ya syg…usu akn slu ada untuk abg…biar pun tak dpt tolong dari segi wang ringgit tapi usu janji akan selalu ada untuk abg…suu syg abg jgn sedih ya”

“Bro. Kau sbnrnye berbakat dalam dunia gadjet and technology ni. Suka study benda² mcm tu lepas tu share. Dari yg org tak paham trus jadi paham. Apa kata lpas ni kau tnjuk bakat tu pada saluran yg betol. InshaAllah luas skop kau nnt. Boleh dapat rezeki lebih jgk tu nnt. Igt Allah Maha Pemurah Bro. Usaha dan tawakal je.
Smoga tabah ya bro.”

Ini jumlah Sasuke Kun didenda kerana sebar Munafik 2, Syamsul bagi amaran ramai lagi bakal kena

SUMBER : Facebook Muhammad Izwan


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post