Mereka Merosakkan Imej Islam. Yusuf Azmi Minta Perkara Ini Disiasat Segera
Mereka Merosakkan Imej Islam. Yusuf Azmi Minta Perkara Ini Disiasat Segera |
Baru baru ini kecoh di media tentang penyebaran bible kepada orang ramai termasuk yang beragama islam. Dan perkara ini telah masuk dalam media utama.
3,000 berhimpun tentang edaran Bible, ICERD
ARTIKEL MENARIK: Subhanallah. Ini Sebabnya Kenapa Alaska Akan Tiada Matahari Selama 65 Hari. Rakaman Disediakan
Biar pun dibasahi hujan, ribuan umat Islam berhimpun di Masjid Sultanah Bahiyah dekat sini hari ini sebelum berarak hampir dua kilometer ke Wisma Darul Aman bagi menyatakan bantahan terhadap pengedaran risalah bible kepada umat Islam, baru-baru ini.
Diketuai pengasas Skuad Badar, Azhar Mohamad, aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi serta pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhammad Baderudin, kalangan peserta himpunan tersebut turut melaungkan penentangan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurut Azhar, kesemua mereka yang mula berhimpun sejak pukul 8 pagi menuntut supaya kerajaan menerusi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang didakwanya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Sebelum ini penyebaran bible dibuat di beberapa kawasan perumahan di Kota Kuala Muda tetapi hari ini kami mendapat maklumat kegiatan itu menular ke Baling pula.
“Semua ini mesti dijawab menerusi tindakan dan kenyataan tegas dari kerajaan. Hari ini kami menganggarkan terdapat lebih 3,000 umat Islam yang hadir tetapi jika tiada tindakan diambil, kami akan kumpulkan lebih ramai lagi hingga lebih 10,000 orang untuk datang ke sini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu Yusuf Azmi menegaskan pihak berwajib tidak seharusnya memandang ringan perkara itu kerana perbuatan sedemikian hanya mengundang masalah lebih besar ke dalam negara.
“Untuk rakan-rakan bukan Islam, tindakan ini dibuat bukan kerana kami rasis sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah memelihara kepentingan agama kami.
“Kami menghormati agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada masalah untuk hidup bersama kaum lain namun tindakan tegas mesti diambil terhadap golongan tiada akal yang memecah belahkan keharmonian,” katanya. UTUSAN ONLINE
EDARAN RISALAH ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM, YUSUF AZMI ANGGAP INI SATU AGENDA YAHUDI
Yusuf Azmi memuat naik 1 status berkenaan berita yang beliau terima tentang edaran risalah berkenaan Agama Islam kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang. Lokasi: SMK St Mark Butterworth.
MOHON POLIS SIASAT
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kepada Pengguna di Malaysia..Kita mohon Pihak Polis siasat ke atas 2 Individu di dalam gambar tersebut yang mengedarkan Risalah berkaitan Islam ke atas Non Muslim..Pihak kami yakin ini ada agenda tersembunyi dan cuba mencemarkan nama baik islam..Dan saya amat yakin mereka dibayar untuk melakukan perkara sedemikian supaya Umat islam dipersalahkan..Cuba perhatikan kenapa gambar ni ditangkap dari jauh?
LELAKI MEMAKAI KOPIAH?
Dan seorang lelaki sedang menghisap rokok standby dibelakang lelaki yang memakai kopiah…Pengguna di Malaysia harus sedar inilah agenda Yahudi yang mereka guna pakai untuk merosakkan imej islam..Saya mohon Pihak PDRM mengambil tindakan segera mungkin serta menjalankan siasatan secara terperinci apakah agenda tersembunyi..Siapa yang mengupah mereka menjalankan aktiviti yang menjejaskan imej islam..Islam ada kaedah tarbiah..Kita takkan gunakan kaedah sebegini untuk menarik minat manusia kepada islam..Bila lihat pada Flyer pun dah tahu,Umat Islam takkan gunakan Flyers dan Nota sebegitu..Islam penuh dengan akhlak..
Sumber : Yusuf Azmi
Artikel : KL Viral
Post a Comment