Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini. Mereka Tidak Minta Jadi Begini. Video Disediakan

Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini. Mereka Tidak Minta Jadi Begini. Video Disediakan

Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini. Mereka Tidak Minta Jadi Begini. Video Disediakan

Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini. Mereka Tidak Minta Jadi Begini. Video Disediakan
Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini. Mereka Tidak Minta Jadi Begini. Video Disediakan

MEREKA dipandang jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit, itulah situasi ditempuh seorang ibu dan dua anaknya yang mengalami masalah penyakit kulit serius.

Terkesan akibat tohmahan orang ramai di sekeliling, tiga beranak itu memencilkan diri dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah saja.

ARTIKEL MENARIK: TULAR Lelaki “Misteri” Di Kaabah. Identiti Sebenarnya Buat Ramai TERGAMAM


Tiga beranak berkenaan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Kuala Lumpur disahkan menghidap ekzema menyebabkan berlaku alahan dan kulit menjadi kemerahan.

Ibu malang berkenaan, Nurul Ain Abdullah, 29, berkata, dia disahkan menghidap ekzema sejak remaja.

Menurutnya, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya, Lela Safiya Azmi kini berusia dua tahun, ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan.

Katanya, masalah kulit dialami Lela Safiya menjadi semakin serius sejak setahun lalu hingga menyebabkan dia kebingungan, selain tertekan akibat tohmahan orang ramai.

“Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu.

“Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan,” katanya.



Jelasnya, dua beradik itu sudah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak yang akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja.
“Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik?.
“Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih.
“Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama. Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu.
“Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain,” katanya yang berasal dari Subang, Selangor.
Kehidupan tiga beranak itu penuh cabaran apabila hanya bergantung kepada sumber pendapatan suami, Shahrul Azmi Aziz, 27, sebanyak RM850 sebulan sebagai kelindan lori.
“Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.
“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.
“Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan,” katanya.
Nurul Ain yang juga menghadapi masalah penglihatan berkata, dia tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dan mengharapkan kepada pendapatan suami sepenuhnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Wanita itu berkata, masalah kesihatan dialami dua anaknya turut mendapat perhatian segelintir jiran dan saudara-mara yang tampil menghulurkan bantuan.
“Sebelum ini, saya memohon meminta bantuan daripada pihak berkaitan bagi menampung perbelanjaan dan kos rawatan anak, namun ditolak, jadi saya serik untuk hantar permohonan lagi.
“Bayangkan, gaji suami cuma RM850, sewa rumah pula RM250, tapi kos ubat-ubatan dua beradik ini dan perbelanjaan harian kami RM1,200. Pendapatan bulanan suami memang tak mampu tampung keperluan kami,” katanya.
Meskipun diduga dengan pelbagai penyakit namun dia bersyukur masih mampu meneruskan kehidupan dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan serta berkongsi pengalaman bagi memulihkan kembali dua anaknya.
“Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.
“Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami,” katanya.
Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.
SUMBER : HMETRO ONLINE
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post