Leka Dibuai Nafsu Songsang. Dua Lelaki Mengaku Positif HIV..

Leka Dibuai Nafsu Songsang. Dua Lelaki Mengaku Positif HIV..

Leka Dibuai Nafsu Songsang. Dua Lelaki Mengaku Positif HIV..

Leka Dibuai Nafsu Songsang. Dua Lelaki Mengaku Positif HIV..
Leka Dibuai Nafsu Songsang. Dua Lelaki Mengaku Positif HIV..

Sekumpulan lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bog3l ketika lokasi mereka berpesta di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti s3ks songsang.

Hasil semakan pegawai JAIS mendapati hanya tiga daripada 16 peserta pesta gay itu berusia 18 hingga 30 tahun ditahan bukan beragama Islam.

ARTIKEL MENARIK: Mastika ‘Terkubur’ Selepas 77 Tahun Berada Di Pasaran


Difahamkan, serbuan itu dilakukan JAIS hasil maklumat diterima daripada orang awam sejak beberapa minggu lalu berhubung penganjuran pesta lelaki songsang di premis terbabit.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, seramai 50 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama Mahdi Al Hilmy Arshad dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, semua lelaki terbabit sedang berpesta dan ada yang sedang berbog3l beramai-ramai di tingkat atas premis berkenaan.

“Ia adalah parti eksklusif untuk gay yang terhad kepada jumlah tertentu saja. Pemantauan JAIS mendapati mereka berkomunikasi menggunakan aplikasi WeChat bagi mengelakkan kegiatan songsang itu dikesan pihak berkuasa.


“Rumah berkenaan disewa khusus untuk pesta itu dan penganjur mengenakan sejumlah bayaran kepada peserta.

“Antara barang yang disita termasuklah ubat kuat atau pil perangsang, kondom, pelincir, cincin zakar dan seluar dalam. Semua mereka dibawa ke ibu pejabat JAIS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada rakaman percakapan dua daripada lelaki yang ditahan mengaku positif HIV .

Haris berkata, pihaknya akan sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini dan meminta orang ramai memberikan maklumat sekiranya mendapati wujud unsur-unsur yang bercanggah dengan agama.

“Kami akan terus mengambil tindakan mencegah kemungkaran ini dari terus berlaku dan mengharapkan semua pihak berperanan sewajarnya agar perlakuan seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post