Kenapa Lim Guan Eng Mengantung Gambar Kaligraphi Al Quran Di Pejabatnya. Ini Sebabnya
Kenapa Lim Guan Eng Mengantung Gambar Kaligraphi Al Quran Di Pejabatnya. Ini Sebabnya |
Kaligrafi tergantung di dinding bilik pejabat Menteri Kewangan di belakang Lim Guan Eng itu adalah petikan AlQuran, ayat ke-88 dari Surah Al-Hud, iaitu surah ke-11 sebelum surah Yusuf.
Lim Guan Eng mengekalkan kaligrafi itu bukan kerana ia ayat ke-88, yang menjadi angka bertuah bagi masyarakat Cina, tetapi mempunyai rahsia dan hikmah dari firman Allah yang menyentuh tentang urus tadbir dan pemerintahan bagi mereka yang memahaminya. Malah ia berkaitan dengan urusan pentadbiran Khalifah Umar Ibnu Aziz.
ARTIKEL MENARIK: Pakar Aviasi Penerbangan Buat Andaian Bahawa Ini Punca Kenapa Lion Air Boleh Terhempas.
Surah Hud dan Surah Yusuf adalah surah yang banyak membicarakan soal PEMERINTAHAN dan EKONOMI selain menyentuh soal Aqidah..
Ayat ke-88 surah Al-Hud adalah perbicaraan atau dialog antara Nabi Syuaib dan kaumnya. Kaum yang mempertikaikan seruan kepada Tauhid dan kebaikan, antaranya berkisar soal ekonomi (rizqi) sebahagian ulama Tafsir menafsirkannya dengan konteks Kenabian namun aku lebih cenderung melihat kepada soal Pemerintahan dan Ekonomi.
Kaligrafi itu dimulakan dengan ayat;
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ..
Sesungguhnya ia bertujuan melakukan Pembaikan Sedaya Upaya Aku..
(Surah Al-Hud ayat 88 )
Disinilah dalam konteks Ekonomi, ingatan Nabi Syuaib itu bertujuan melakukan Islah atau reform kepada kaumnya sebagaimana di dalam Tafsir Ibnu Katsir. Ini sesuai dengan mafhum ayat ke-85 Surah Hud, Nabi Syuaib mengingatkan kaumnya agar menetapkan urusniaga dan jual beli dengan adil (Amanah) sebagaimana Firman Allah;
أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ..
“Cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia dengan mengambil hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.”
(Surah Al-Hud ayat 85)
Di sinilah Nabi Syuaib mengingatkan agar kaumnya berlaku adil dalam berurusniaga, tidak menipu sukatan dan timbangan, dan jangan pula mereka mengambil hak orang lain..
Allah mengingatkan kita, dengan mengambil hak orang lain (Rasuah), dengan kejahatan itu berlakunya kerosakan keatas muka bumi.
Dalam Ayat ke-86, disebutkan;
بَقِيَّةُ اللَّهِ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ (86)..
Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagi kamu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas diri kamu..”
Abu Ja’far ibnu Jarir mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya:
“Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagi kamu..”
(Hud: 86)
Maksudnya, keuntungan yang kamu peroleh setelah kamu menyempurnakan amanah, sukatan dan timbangan dengan Adil adalah lebih baik walaupun sedikit. Memetik Riwayat Ibnu Abbas akan mafhum ayat Al-Maidah ayat 100;
قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ
“Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.”
Dari gambar kaligrafi itu, ayat ditengahnya, selepas menyentuh soal Qawwi dan Al-Amin dalam mengurus perbendaharaan.. Nabi Syuaib berkata kepada kaumnya; Segalanya limpahan rezeki , Taufiq(kekuatan) itu adalah datangnya dari Allah SWT.
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ…
“Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah…”
Manakala kaligrafi disebelah bawahnya, Nabi Syuaib mengingatkan kita setelah berusaha, maka bertawakkal kepada Allah. sesungguhnya dia lah tempat kembali.
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ..
AYAT HUD 88 DALAM KONTEKS POLITIK HARI INI
Kaligrafi itu sudah tergantung lama, sejak Perdana Menteri dan Menteri kewangan sebelum ini, iaitu Najib Razak.. Biarpun sebelum ini mereka mengaku beriman,. tetapi gagal memahami dan mengambil pengajaran dari Firman Allah akan ingatan Nabi Syuaib kepada kaumnya, ia semata mata menjadi perhiasan di dinding tanpa dihayati maksudnya..
Jelaslah Kerajaan kleptokrasi sebelum ini, mereka menipu di dalam urusniaga, jelas mereka mengambil hak manusia lain (Rasuah) dan membuat kerosakan, dan Allah mengingatkan kita;
“…dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”
Kita berharap, biarpun Lim Guan Eng bukan muslim, ia lebih memahami kehendak dan tujuan dari ayat 88 Surah Al-Hud lebih baik dari zaman menteri kewangan sebelumnya, dan bagi aku itulah yang sedang dilakukan Lim Guan Eng, memperbaikan kerosakan, dan melakukan Islah (reform) dalam ekonomi dan pemerintahan.
Kerana di dalam Tafsir Ibnu Katsir, telah dituliskan bahawa Usman ibnu Abu Syaibah mengatakan,telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Abu Sulaiman Ad-Dabbi..
Dalam surat menyurat, Arahan dan larangan Khalifah Umar Ibnu Aziz, dan pada setiap surat nya, ia akan diakhiri dengan menulis pesan Nabi Syuaib;
وَمَا تَوْفِيقِي إِلا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
“Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal, dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.”
(ayat 88 Surah Al-Hud)
Tazkiran Jumaat, Sempena belanjawan 2019
#CopyPaste dan sedikit suntingan:
Kredit: Ipoh Mali via JDT Kini “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.”

Kredit: Ipoh Mali via JDT Kini Via KLViral
Post a Comment