Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik
Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Buenos Aires: Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800 meter di dasar Lautan Atlantik, setahun selepas ia hilang bersama 44 anak kapal.

Kapal selam San Juan hanya mempunyai baki tujuh hari bekalan oksigen ketika kali terakhir ia melaporkan lokasinya pada 15 November 2017.

ARTIKEL MENARIK: Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan!


Kru kapal diarahkan kembali ke pangkalan Mar del Plata yang terletak di pantai timur negara itu selepas ia melaporkan air mulai memasuki kapal melalui snorkel.
Syarikat maritim, Ocean Infinity diupah Argentina untuk mencari dan mengesan lokasi kapal selam itu selepas kegagalan operasi mencari besar-besaran antarabangsa sebaik saja ia dilaporkan hilang di Lautan Atlantik.
Gambar Ketika Kapal Selam Ini Berlepas Di Pelabuhan Argentina
Ocean Infinity mempunyai kepakaran untuk mengimbas dasar laut dan pernah terbabit dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang di Lautan Hindi.
San Juan dilaporkan berada pada kedudukan 430 kilometer di luar pantai Patagonia, Argentina ketika menghantar isyarat terakhir.
Kerana berada terlalu dalam di dasar laut, mungkin mustahil untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam itu.
Tentera laut juga mengkaji jika kapal selam berkenaan boleh dibawa naik ke permukaan.
Operasi mencari besar-besaran di udara dan laut membabitkan 13 negara dilancarkan 48 jam selepas San Juan dilaporkan hilang tetapi majoritinya menarik diri sebelum hujung tahun 2017.
Beberapa hari selepas kehilangan itu, pegawai tentera laut memberitahu, kapal selam buatan Jerman yang usang itu melaporkan masalah pada bateri pada komunikasi terakhirnya.
Hampir 10 hari kemudian, tentera laut mengesahkan berlaku letupan di kapal yang pakar percaya mempunyai kaitan dengan masalah bateri itu.
Cara tentera laut mengendalikan kejadian itu dikecam hebat dan beberapa pegawai kanan turut dipecat termasuk panglima tentera laut, Marcelo Srur.
Pihak berkuasa membuka siasatan jenayah selepas menerima arahan daripada seorang hakim di Caleta Olivia, sebuah bandar pelabuhan di Patagonia di mana kes maritim biasanya dibicarakan.


Hakim sudah mendengar keterangan daripada 70 individu tetapi mahkamah masih jauh untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam berkenaan. Sumber: HMETRO ONLINE
Artikel Lain ..

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang di Lautan Pasifik

Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik.
Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama ‘Sam Ratulangi PB1600’ itu telah terbiar 11 kilometer dari Teluk Martaban ketika ditemui oleh nelayan minggu lepas.
Laman web pengesanan kapal, MarineTime melaporkan lokasi terakhir dilihat di perairan Taiwan pada 2009 sebelum terputus hubungan semasa berlayar keluar dari negara tersebut.
Bagaimanapun, kapal terbabit tiba-tiba muncul diperairan selatan Myanmar pada 30 Ogos lalu tanpa penghuni serta sebarang barangan.
Pihak berkuasa tentera laut yang menyiasat memberitahu bahawa kapal itu ditinggalkan kerana kru kapal terjebak dalam cuaca buruk.
“Kapal disyaki telah ditunda oleh kapal lain kerana kami menjumpai 2 kabel di bahagian kepalanya.”
Setelah beberapa hari menyiasat, pihak berkuasa kemudian menemukan sebuah kapal tunda kira-kira 80km (50 batu) dari pantai Myanmar.
Selepas beberapa soal siasat dijalankan ke atas 13 orang anak kapal tersebut, misteri ‘kapal hantu’ ini terjawab apabila mengetahui kapal tunda itu telah menunda Sam Ratulangi sejak 13 Ogos menuju ke sebuah kilang di Bangladesh untuk merungkai kapal.
Walau bagaimanapun, cuaca buruk membuatkan mereka terpaksa meninggalkan kapal misteri itu.
Pemilik kapal tunda itu dikatakan berasal dari Malaysia, lapor berita Eleven Myanmar.
Sumber : Siakap Keli
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post