Ini Sebab Kenapa Dato Aliff Syukri Tidak Dapat Hadir Konsert Gegar Vaganza 5 Dan Memang Buat Aliff Syukri Rasa Tak Puas Hati
Ini Sebab Kenapa Dato Aliff Syukri Tidak Dapat Hadir Konsert Gegar Vaganza 5 Dan Memang Buat Aliff Syukri Rasa Tak Puas Hati |
Aliff Syukri Dihalang Ke Konsert Gegar Vaganza Minggu Depan?
ARTIKEL MENARIK: Kerajaan Dahulu Cuba Rasuah Farid Kamil RM5 Juta?
Mengejutkan apabila isteri Dato Aliff Syukri secara tiba tiba muat naik satu status di Instagram rasmi beliau dan meluahkan apa sebenar yang berlaku. Dia juga meminta Aliff Syukri supaya tidak perlu ke konsert Gegar Vaganza
Tidak pasti samada status ini benar atau sekadar memerli kepada netizen yang mengecam suami beliau sejak berakhirnya konsert Gegar Vaganza malam tadi. Anda nilaikan lah.
i dah cakap dengan u x perlu keluar tv sbb x semua faham cara u cakap sebab u suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris ……x pasal banyak betul orang yg sekolahkan u hari ni,Dato,Dr la,chef la,artis semua adalah……. Yang kenal tau lah yg x kenal mcm2 ayat dorang keluar,sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai dorang pun x tau nak maki apa dah
.
KALAU PERGI GV GAK KITA GADUH
minggu depan @aliffsyukriterlajaklaris jgn pergi GV lagi.. Jika u pergi juga,anggap je u cari gaduh dgn i…biar je orang yg pandai sangat kutuk tu promote…..kita ni x educated… dah minta maaf dah pun semalam waktu live apa lagi x kena x tau la
.
So lepas ni minggu depan u x perlu pergi Gegar Vaganza lagi duduk rumah je lagi bagus…….x perlu keluar TV pun nak promote…kita dah niaga lama Insya Allah dah banyak pengguna setia… Bila time kita kena hina jadi bahan ketawa,x de plak yg nak kesiankan kita…. nak pertahankan kita, ...sikit2 cakap kaya tapi bodoh,money can’t buy class la….kita bukan niaga cari duit nak beli class,nak bagi keluarga senang dah bahgia……Dalam pada mengutuk juga,tapi semua pun sibuk semua cari minta sponsor la sumbangan la,bantuan dah,kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita,baik kita,langsung x pernah orang nampak……jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus….
SUMBER : Instagram Datin Shahida
“SAYA BUKAN ARTIS DAN SAYA TIDAK TAHAN DIKEC4M, MINTA MAAF,” – DATIN SERI SHAHIDA TUTUP AKAUN INSTAGRAM
Setelah teruk dikecam netizen gara-gara ada sedikit salah faham menerusi sebuah program TV melibatkan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini, Datin Seri Shahida Mohd Rashid tampil meminta maaf kepada umum.Dia berbuat demikian menerusi satu entri di laman Instagramnya, lewat malam semalam.
Katanya, meskipun ramai yang mempersoalkan mengapa dia memilih Aliff sebagai suami, namun sebagai seorang isteri yang sudah melalui zaman susah senang bersama suaminya, dia lebih tahu daripada orang lain.
“Ketika berusia 21 tahun, ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup,perempuan biasa tinggal di rumah flat,bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki.“Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain,tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat……tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik,x ada bercita2 tinggi.
.
“Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri…..(jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadap) x seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita.“Ini mungkin ujian saya …ujian kita berbeza kan……bila kita berduit kita diuji hal begini,kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula…..mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati.“Setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik,ibu yg terbaik,isteri yg terbaik,sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya.
.
Saya bukan artis dan saya x tahan dikec4m.“Saya tetap akan ada di aliffsyukriterlajaklaris sbb saya kenal dia…..berkat rezeki dari Allah dan usaha dia cari rezeki selama 10 tahun setiap tahun saya dapat umrah,dapat pergi haji,tu kebesaran nikmat pada saya yg saya paling bahgia.“Saya selalu mendoakan yg terbaik buat dia,tapi saya lebih yakin Allah itu lebih maha mengetahui dan maha mengasihi.“Minta maaf sebanyak2 nya dgn hati yg paling ikhlas……supaya bangun pagi nanti saya x mau fikir hal ini lagi sbb saya masih ada anak2 yg perlu saya didik dan disayangi.
.
“Kesilapan percakapan itu tidak disengajakan dan saya sendiri pun kadang2 terlepas cakap cuma x masuk TV je lagi,” tulisnya.Dalam pada itu, Shahida sempat juga bergurau mengatakan pengikutnya di laman Instagram turut meningkat gara-gara kontroversi tersebut.“Saja nak tambah gara2 isu ni rmaai komen nak unfollow…. tapi kan…tapi kan followers saya 2 hari ni naik 20k dah….tapi x tau lah follow nak kutuk ke nak apa (gurau je tau sbb dah sedih2 ending ni nak bg happy sikit),” tulisnya lagi.
Dan susulan daripada itu laman sosial instagramnya di tutup dan deactive akaun telah di buat ke atas akaun shahidaherbs perkara itu di sahkan sendiri oleh dato aliff syukri di laman sosial instagramnya.
INI SEBAB KENAPA ALIFF SYUKRI TIDAK DATANG KONSERT GV 5.
Memang dah semangat dia nak pergi konsert tapi selepas kena tegur dengan datin shahida terus dia tak jadi.
By: KLV
Post a Comment