Genap 48 Jam Bergelar Tunangan Orang, Bakal Suami Koma Dilanggar Lari
Genap 48 Jam Bergelar Tunangan Orang, Bakal Suami Koma Dilanggar Lari |
Akhir-akhir ini kerap kali kita dikejutkan dengan tragedi berdarah langgar lari di negara kita. Baru sahaja beberapa hari lalu kisah seorang pemuda di langgar lari tular di laman media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Iskandar Mazlan terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di kawasan tol simpang pulai, Ipoh dan sehingga kini dikhabarkan masih koma tidak sedarkan diri.
ARTIKEL MENARIK: Ini Sebab Rupanya Kenapa Jiran Dia Berani Sangat Masuk Rumah Ikut Tingkap Kecik Hanya Dengan Pakai
Menurut sumber, Zul baru sahaja mengikat tali pertunangan 2 hari lepas dengan kekasih hatinya. Tunangnya, Nur Faisha juga baru beberapa hari lepas memuat naik detik manis ketika majlis pertunangan mereka berdua namun detik manis itu bertukar air mata apabila menerima berita sedih itu.
Gadis itu turut memuat naik tweet supaya netizen mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tunangnya yang dalam fasa kritikal. Ujarnya tunangnya itu sudah beberapa kali menjalani pembedahan kerana pendarahan di otak.
Ikuti bebenang ini untuk kisah selanjutnya.
Gambar sekitar waktu majlis pertunangan
Inai ditangan belum hilang..
Tunang kepada lelaki itu turut memuat naik insta story tentang kesedihannya. Beberapa rakan dan kenalan mereka juga turut meluahkan rasa terkejut dan sedih atas apa yang berlaku.
Baru beberapa hari bertunang, buat inai bersama
Dia baru jumpa cikgu haritu…
Dia anak murid yang cukup baik
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi dan mendoakan keselamatan lelaki tersebut. Netizen juga diminta membantu jika mengetahu apa-apa informasi berkenaan kes tersebut. Kes tersebut berlaku pada tarikh 05/11/2018, lebih kurang jam 10 malam di simpang pulai perak.
Sumber: Twitter Faishaa via https://www.ohmymedia.cc
Post a Comment