Eh Mangkuk Gua Pesan Dengan Lu. Papagomo Sudah Marii, Ini Pesanan Pedas Beliau Kepada Farid Kamil
Eh Mangkuk Gua Pesan Dengan Lu. Papagomo Sudah Marii, Ini Pesanan Pedas Beliau Kepada Farid Kamil |
Sejak semalam tular video tentang pendedahan Farid Kamil beliau cuba diberi rasuah oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri R0smah Mansur.
Sebaik video tersebut tular, Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaan Farid dalam isu menerima ‘suapan’ kerajaan BN.
Sementara itu terbaru, Blogger Papagomo, nama pena kepada bekas polis trafik Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang juga exco pemuda Umno tampil membidas Farid Kamil.
ARTIKEL MENARIK: “Salah Tetap Saya… Tapi Cuba Tengok Dulu” – Giliran Tomok Pula Komen Teguran Ustaz
Dalam sebuah entri yang dimuat naik di IG beliau, ternyata beliau begitu marah dengan mengeluarkan bahasa kesat terhadap Farid Kamil. Berikut entri yang ditulis Papagomo
” Agak-agak lah brader @faridkamilz nak fitnah Najib Razak dan R0smah Mansor.
Lu punya kes pun mahkamah masih jalan der. Kes dadah, kes pukul polis, kes pukul orang awam dan kes buat report palsu.
Eh mangkuk, lu ingat siapa percaya dengan lu hari ni? Bangkai macam lu ni ingat lu buat semua fitnah tu apa kes lu boleh digugurkan?
Eh mangkuk, gua pesan dengan lu lah ye. Lu punya kes ni takde kawtim der. Lu hadap sampai lunyai. Kita semua perhati dengan teliti der. Kita akan pastikan satu pun kes lu tak digugurkan.
Jenis macam lu ni lah yang merosakkan anak bangsa der. BANGKAI…”
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Papagomo turut bersetuju dengan beliau dan menghentam Farid Kamil diruangan komen.
” dia siapa najib nk bg 5 juta..takde faedah..bkn ade kepentingan pon.pttlah tempoh hari adik dia yg suami yana samdudin tu ade komen mcm mengejek najib..both bangang” tulis seorang bernama limausirap9999.
Sementara itu menurut Lokman, dakwaan Farid itu berat, dan perlu segera disiasat polis. Katanya, Farid juga dilihat membuat dakwaan palsu selain mahu menghina bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
” Berdasarkan kenyataan beliau (Farid) ini, jelas terbukti, beliau telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya dan kegagalan beliau melaporkan perkara yang berlaku lebih setengah tahun lalu merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009.
Sekiranya disabitkan bersalah, Farid boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
” Jadi tidak ada sebab mengapa Farid tidak melaporkan perbuatan tersebut melainkan kenyataan tersebut direka bagi merosakkan imej bekas Perdana Menteri dan Isteri beliau. Tiada timbul istilah takut kerana akta perlindungan saksi wujud ketika kejadian dikatakan berlaku dan dia boleh memohon perlindungan saksi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lokman sebelum itu membuat laporan polis di balai polis Petaling Jaya.
Farid sebelum itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online , semasa program TV al Hijrah jam 10 malam semalam, berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?”, berkata beliau telah cuba dirasuah sebanyak RM 5 juta oleh pihak kerajaan (iaitu kerajaan BN yang berkuasa sebelum 9hb Mei, 2018).
Kata Lokman, berdasarkan kenyataan beliau ini, jelas terbukti, Farid telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.
” Dalam masa yang sama, saya juga membuat laporan ini kerana saya mengesyaki Farid telah menipu di dalam video tersebut kerana ianya jelas bercanggah dengan video terdahulu,” katanya.
Jelasnya, kenapa kini, setelah Najib tidak lagi berkuasa, Farid menuduh Najib dan Datin Sri Rosmah pula yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya.
” Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar. Farid tidak boleh sewenang-wenangnya melontarkan fitnah dan mereka cerita yang tidak wujud.
” Jika Farid tidak menipu, sudah pasti beliau telah melaporkan cubaan merasuah ini kepada pihak SPRM lebih 6 bulan yang lalu dan mendedahkan nama pegawai kerajaan yang telah cuba merasuah beliau bagi pihak bekas Perdana Menteri dan Isterinya,” katanya.
SUMBER : IG sir_azri_offcial
VIA Lubok Cerita Express.
Post a Comment