DR Maszlee Beritahu Hal Susu Yang Hilang Setahun Sampaikan Menteri Dulu Pun Tak Tahu Kemana. Lebih Mengejutkan Dia Akan Beritahu Siapa Yang ‘Curi’ Susu Tersebut
DR Maszlee Beritahu Hal Susu Yang Hilang Setahun Sampaikan Menteri Dulu Pun Tak Tahu Kemana. Lebih Mengejutkan Dia Akan Beritahu Siapa Yang ‘Curi’ Susu Tersebut |
‘Susu hilang setahun, menteri dulu pun tak tahu ke mana pergi’
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata skandal susu kotak yang hilang entah ke mana di bawah Program Susu 1 Malaysia (PS1M) hanyalah salah satu daripada banyak skandal oleh menteri terdahulu.
ARTIKEL MENARIK: Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara?
Katanya, beliau sendiri akan mendedahkan skandal-skandal ini bagi membolehkan rakyat tahu ke mana duit mereka telah ‘menghilang’.
Katanya, apa yang penting, projek susu oleh kerajaan lama tersebut telah pun gagal.
Menurut Maszlee, langkah itu bukan sengaja mahu mencari kesalahan (witchhunting) kerajaan terdahulu, tetapi sebagai peringatan agar kerajaan sekarang tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Mahu dedah skandal kementerian pendidikan era BN
Isu Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang ‘hilang’ dari sekolah hanyalah satu daripada banyak skandal dalam kementerian pendidikan ketika era BN, kata menterinya Dr Maszlee Malik.
Dan beliau berikrar akan terus mendedahkan apa yang berlaku dalam kementeriannya dulu sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di masa akan datang.
Beliau mengulas isu PS1M yang sepatutnya berjalan sejak Mac lalu tetapi menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, makluman daripada sekolah mendapati ia belum diterima.
“Program itu penuh skandal, kita tahu bagaimana menteri pendidikan lalu (Mahdzir Khalid) berkata tidak tahu tentang kehilangan susu itu.
“Ia sudah gagal dan susu hilang selama setahun. Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada),” katanya dalam sidang media di Parlimen.
“Mulai sekarang saya akan dedahkan banyak masalah yang berlaku yang ditinggalkan oleh menteri terdahulu Rakyat berhak tahu kerana ia melibatkan duit mereka sebagai pembayar cukai,” katanya lagi, sambil memaklumkan akan menubuhkan pasukan kerja untuk menyemak semula projek yang diberikan melalui rundingan terus dan projek yang gagal.
Pada 9 November lalu, Mahdzir berkata beliau “tidak tahu” tentang susu bawah PS1M yang tidak diedar sejak awal tahun ini.
Maszlee juga mengulang kembali kenyataan timbalannya Teo Nie Ching bahawa program itu tidak akan diteruskan untuk tahun ini dan akan dinilai semula berdasarkan peruntukan tahun depan.
“Sudah bulan November. Kita akan lihat sama ada untuk teruskannya pada 2019, dan perlu dibincang lagi,” katanya.
PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.
Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.
Mana susu kotak 1Malaysia untuk murid miskin?
Semasa Belanjawan 2018 dibentangkan kerajaan BN memperuntukkan RM299 juta untuk pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang di dalamnya ada Program Susu 1Malaysia (PS1M).
Bagaimanapun, setahun berlalu namun skim PS1M yang sepatutnya berjalan sejak Jan lalu – kerana mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 dibentangkan BN – tidak diketahui kedudukannya.
Setakat ini belum ada susu kotak di bawah skim berkenaan kelihatan untuk dibekalkan kepada murid miskin pada tahun ini.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock berkata sepatutnya selepas ia diumumkan dalam Belanjawan 2018 susu tersebut dibekalkan kepada pihak sekolah mulai awal tahun ini.
Bagaimanapun, kata Tan, apabila disemak skim PS1M itu beliau tidak dapat memastikan status sebenar skim berkenaan.
“Dan kami sangat terkejut kenapa program yang baik dihentikan tanpa apa-apa maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Menurut penolong kanan hal ehwal murid dan hal ehwal pelajar (di sekolah-sekolah) mereka difahamkan memang (bekalan) tak ada (sejak awal tahun),” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Ibu bapa isi borang
Menurut Tan lazimnya Belanjawan 2018 yang dibentangkan BN dulu, memang sudah ada dana khusus yang diperuntukkan bagi melaksanakan skim berkenaan.
“Kalau ikut logiknya, begitulah,” katanya.
PS1M yang dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah (PSS) dimulakan sejak 1983.
Ia merupakan sebahagian daripada RMT yang bertujuan untuk menggalakkan amalan meminum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah.
Dalam Bajet 2018 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak kerajaannya mengeluarkan peruntukan sebanyak RM299 juta untuk RMT tersebut.
Untuk rekod, program RMT bagi tahun ini tetap diteruskan namun susu di bawah skim PS1M tidak diedarkan.
Menurut Tan lagi, susu berkenaan seharusnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa iaitu pada Mac dan Jun bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun.
“Mengikut prosedur, guru-guru kena beri borang kepada ibu bapa untuk meminta persetujuan pada awal tahun dan susu diedarkan pada Mac.
“Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi,” katanya merujuk kepada tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Menurut Tan murid yang menerima bantuan susu kotak itu terdiri daripada mereka yang daif dan biasanya kekurangan khasiat.
“Saya pun hairan, jadi saya minta kementerian periksa ada di mana susu anak-anak daif ini,” katanya.
Lewat atau sudah henti
Pada Okt 2017 media melaporkan timbalan menteri pendidikan era BN Datuk P Kamalanathan berkata, kementeriannya membelanjakan RM49.3 juta untuk tempoh Julai hingga Disember bagi menjayakan PS1M yang memanfaatkan 757,439 murid tahun satu hingga tahun enam di 7,780 sekolah rendah seluruh negara.
Malah, katanya, kementerian itu juga turut menilai untuk memperluaskan program berkenaan kepada pelajar sekolah menengah.
Sementara itu, Tan berkata beliau dimaklumkan ada syarikat pengedar susu terkemuka menawarkan jualan susu di sekolah-sekolah.
Malangnya kata Tan ia perlu dibeli sendiri oleh murid dan harganya lebih tinggi berbanding harga pasaran.
“Dan mereka (pihak sekolah) dapati harga yang diberikan lebih tinggi dari harga pasaran, jadi sekolah tak usahakan (menerima tawaran jualan tersebut),” katanya.
Justeru NUTP menggesa pihak berwajib memberi maklum balas segera berhubung perkara berkenaan kerana ia melibatkan isu nutrisi di kalangan murid-murid.
“NUTP pun nak tahu kenapa ia program yang baik tapi susu tak diedarkan.
“Kita nak tahu adakah ia lewat, dihentikan atau bagaimana?
“Apa sebabnya kerana guru-guru, ibu bapa ada membangkitkan isu ini kepada NUTP juga,” katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Kementerian Pendidikan yang kini diketuai Dr Maszlee Malik dan sedang menunggu maklum balas daripadanya.
video
sumber Mkini
Post a Comment