Dikelar Sehingga Mati Dan Dibiarkan Tepi Lebuh Raya…Di Mana Keadilan Untuk Nur Syuhada?
Dikelar Sehingga Mati Dan Dibiarkan Tepi Lebuh Raya…Di Mana Keadilan Untuk Nur Syuhada? |
NUR SYUHADA Johari baru berusia 20 tahun. Dia adalah pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan UITM.
Akhbar yang menemuramah bapa Nur Syuhada pernah melaporkan, sewaktu di bangku sekolah, beliau mengenali seorang pemuda bernama Syarafi Abu yang tinggal berhampiran rumahnya. Namun pemuda yang tujuh tahun lebih tua darinya itu seringkali menganggunya.
ARTIKEL MENARIK: Suruh Basuh Pinggan, Tapi Bergaduh. Bapa Berang Lalu ‘Tetak’ 2 Beradik Hingga Parah
Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar.
Syarafi rupanya seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis.
Disebabkan perangainya itu, bapa Nur Syuhada melarang dia berkawan dengan Syarafi, malah bapanya juga pernah membuat laporan polis ketika pemuda itu membawa lari anaknya.
Syarafi kemudiannya bekerja di Melaka. Ini melegakan keluarga Nur Syuhada namun dia tetap mengacau gadis tersebut. Kalau tak jawab telefon, dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada.
Kemuncaknya pada 2 Februari 2015, kira-kira jam 11 pagi, seorang saksi telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang,
Kelihatan seorang gadis telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.
Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.
Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan.
Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah DIKELAR dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.
Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”
Saksi itu juga terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”
Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian.
Dan selepas disiasat, polis mengesahkan suspek yang mengelar Nur Syuhada adalah tidak lain dan tidak bukan – Syarafi!
Nursyuhada meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar. Arwah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Kedah.
Syarafi kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Namun dengan keputusan jemaah kabinet baru-baru ini hendak memansuhkan hukuman gantung atas alasan hak asasi manusia, jika Syarafi belum menjalani hukuman, maka dia akan selamatlah daripada hukuman tersebut.
Hak asasi Nur Syuhada?
Maaf. Di negara ini, haknya setakat tertuduh dibawa ke mahkamah, dibicarakan dan dipenjara sahaja.
Tidak lebih dari itu.
Al-Fatihah buat arwah Nur Syuhada Johari.
Aku hilang kata-kata.
Sumber: Penulis Syahril A Kadir
Post a Comment