Dakwa Adib dilanggar, pihak kuil terang-terang menipu
Dakwa Adib dilanggar, pihak kuil terang-terang menipu |
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempersoal kenyataan yang dikeluarkan pihak Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman yang mendakwa Mohd Adib Mohd Kassim dirempuh jentera jabatan itu.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Mohd Adib dilanggar.
ARTIKEL MENARIK: “Kami Diserang” – Mohd.Hazim
Jelasnya, video yang tular itu memaparkan anggota bomba yang lain, dan bukan Mohd Adib.
“Dia ada bukti ke yang menyatakan Mohd Adib dilanggar?
“Dia tunjuk video ini? Yang berdiri ini bukan Adib, yang berdiri ini adalah Hazim,” katanya pada sidang media khas di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa perkara ini masih dalam siasatan polis. Saya tidak berani campur adukkan kenyataan yang dibuat ini dengan kenyataan-kenyataan lain yang sudah tentu boleh menjejaskan siasatan.
“Saya nak nyatakan di sini, jangan membuat kenyataan yang tidak berasas, yang tidak betul dan yang mana kita ini tidak terlibat dalam apa-apa putaran atau kitaran politik yang sedang berjalan disebabkan oleh mereka ini,” katanya lagi.
Kredit : Cempedak Cheese
Post a Comment