Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku
Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada seorang budak lelaki yang nyaris lemas ditelan ombak, teruk dikecam netizen kerana membiarkan kanak-kanak itu bermain di kawasan pantai tersebut.
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel
Insiden yang didakwa berlaku di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan itu menjadi tular di media sosial sehingga mencecah 53,000 tontonan sejak dimuat naik pada petang Isnin.
Menerusi video berdurasi satu minit 12 saat itu, kelihatan sepasang lelaki dan wanita yang dipercayai ibu bapa kepada budak lelaki tersebut cuba menyelamatkan anak mereka daripada dihanyutkan ombak.

ARTIKEL MENARIK: Kerana Dia Bertudung Dia Digugurkan Dari Bertanding Tetapi Kerana Keberanian Dia Menegakkan Islam Dia Mendapat Ganjaran Yang Lebih Besar. Subhanallah


Sebaik berjaya dibawa ke tempat selamat, kanak-kanak itu berkata: “Ada orang heret adik, ma (ibu). Ada orang heret adik, ma.”

HANTU PUN KENA FITNAH .. KESIAN HANTU

Seorang pengguna Facebook, Fieqa Iqa meninggalkan komen lucu kerana bersimpati apabila makhluk halus pula yang dipersalahkan dalam kejadian itu.
“Kesian hantu kena fitnah, sedangkan ombak tu yang tarik.
“Ombak besar, jadi faham-fahamlah. Bukan orang je yang ditarik, batu-batu pun diheret pergi,” tulisnya.
Sementara itu, Khairul Erol berkata, sememangnya kanak-kanak akan bercakap macam perkara kerana takut dengan situasi yang berlaku ke atas mereka.
“Budak bila takut, macam-macam la cakap. Musim ni tak boleh bermain di pantai dah kalau tiada kerja,” katanya.
Manakala, Rohani MJunus pula berkata, tiada sesiapa yang menarik kanak-kanak itu memandangkan sekarang sememangnya musim cuaca buruk.
“Semakin lama semakin air itu menarik masuk ke dalam laut. Memang jenis air itu begitu, air punyalah bergelora, macam tu pun masih berani,” tulisnya.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak dan pasangan yang menyelamatkannya belum dikenal pasti.


Video Penuh
SUMBER : MSTAR ONLINE
Sedikit pesanan, walaupun ini disebabkan tarikan ombak dan bukan tarikan hantu, jangan lah kita menidakkan kewujudan makhluk halus kerana memang mereka wujud. Wallahualam ..
Kredit - KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post