Awie Akhirnya Buka Mulut Tentang Hantu Kak Limah Yang Memang Dia Rasa Tidak Berbaloi

BANGI: Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie terkilan bonus yang diterima daripada penerbit tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta yang diraih filem pecah panggung itu.

Tampil mewakili pelakon dan kru produksi, Awie, 50, menganggap jumlah bonus yang diagihkan penerbit tidak adil.

ARTIKEL MENARIK: Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bagaimana Dia Dibayar Untuk Maafkan Najib Razak dan Rosmah

“Saya terkilan (jumlah) wang bonus yang diterima… Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini.

Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

“Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert GIG 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ratu Rock, Ella.

Ditanya jumlah bonus yang diterima, Awie berkata:

Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja… Inikan pula pelakon dan kru produksi lain,” katanya.

Awie menambah, dia tidak menolak melakonkan watak Husin dalam sekuel Hantu Kak Limah, namun ada syarat ditetapkan.

“Dengan syarat, filem itu bukan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak ada masalah untuk kembali berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, cuma perlu tahu siapa penerbitnya.

“Saya enggan bekerjasama di bawah syarikat sama selepas pengalaman ini,” katanya.

Filem Hantu Kak Limah yang diterbitkan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold, ditayangkan pada 9 Ogos lalu

Kredit : KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post