Alhamdullilah. Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib. Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan
Alhamdullilah. Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib. Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan |
SUBANG JAYA: Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.33 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata keputusan memindahkan Muhammad Adib Mohd Kassim dibuat susulan perbincangan antara pihaknya dengan IJN supaya mangsa diberi rawatan sewajarnya.
ARTIKEL MENARIK: Rusuhan Kuil, Peguam Syarikat Jadi Dalang. Bayar RM150 Ribu Kepada 50 Gengster
AMBULAN membawa Muhammad Adib Mohd Kassim menuju ke Institut Jantung Negara (IJN). – Foto MUHD ZAABA ZAKERIA
“Hasil perbincangan dengan empat pakar di IJN, kita cadangkan Muhammad Adib dipindahkan ke sana kerana mereka mempunyai peralatan yang lebih sesuai untuk rawatannya.
“Di IJN juga mempunyai satu mesin khas yang dapat menyalurkan oksigen yang lebih banyak ke paru-parunya, bersesuaian untuk rawatan Muhammad Adib.. satu-satunya mesin yang ada dalam negara ini,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, keadaan Muhammad Adib juga sudah semakin baik walaupun masih belum sedar kerana kesan ubat sedatif, namun tekanan darahnya bertambah baik daripada tengah hari tadi.
“Hasil perbincangan antara pakar IJN dan pakar jantung SJMC, mereka mencapai kata putus untuk memindahkan Muhammad Adib pada jam 10.30 malam tadi.”Keluarganya juga bersetuju, justeru mereka pindahkan Muhammad Adib ke IJN malam ini juga,” kata beliau.
Difahamkan, mangsa mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman akibat dipukul dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1 pagi ituMuhammad Adib, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Mangsa datang ke lokasi bersama beberapa lagi anggota BBP Subang Jaya bagi memadam kebakaran sebuah kenderaan yang dibakar perusuh.
Sumber Artikel : Bharian Online
Post a Comment