‘Al-Fatihah, Zaibo sudah tiada…’

‘Al-Fatihah, Zaibo sudah tiada…’

PETALING JAYA: Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

‘Al-Fatihah, Zaibo sudah tiada…’
‘Al-Fatihah, Zaibo sudah tiada…’

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

ARTIKEL MENARIK: Awal Ashaari Kata Solat Masih Sah Walaupun Warna Rambut Tetapi Ustaz Ini Beritahu Sesuatu Yang Pasti Buat Awal Terkejut


Nemun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu.

Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.


Tunku Aminah Ziarah Zaibo

Mendengar perkhabaran tersebut ramai rakan-rakan artis menziahrah pelakon ini. Malah semalam, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim turut berkesempatan meluangkan masa melawat Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid.
Menerusi perkongsian The Royal Johor, Tunku Aminah ditemani suaminya Dennis Muhammad Abdullahdan wakil dariYayasan Kanser Laksamana Johor yang hadir di kediaman Zaibo di Rengit, Batu Pahat

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/11/14/zaibo-meninggal/#3p164zJjqma74pGf.99

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post