Akhirnya Kotak Hitam Lion Air Telah Dijumpai Dan Mereka Jumpa Dalam Kawasan Ini. Rakaman Disediakan

Akhirnya Kotak Hitam Lion Air Telah Dijumpai Dan Mereka Jumpa Dalam Kawasan Ini. Rakaman Disediakan

Akhirnya Kotak Hitam Lion Air Telah Dijumpai Dan Mereka Jumpa Dalam Kawasan Ini. Rakaman Disediakan

Akhirnya Kotak Hitam Lion Air Telah Dijumpai Dan Mereka Jumpa Dalam Kawasan Ini. Rakaman Disediakan
Akhirnya Kotak Hitam Lion Air Telah Dijumpai Dan Mereka Jumpa Dalam Kawasan Ini. Rakaman Disediakan

Kotak hitam pesawat Lion Air ditemui, “Kami mengambilnya dalam lumpur di dasar laut”
KOTAK hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu dilaporkan ditemui di perairan Tanjung Karawang, pagi Khamis.

ARTIKEL MENARIK: Muslimah Boleh Kahwin Kafir ??– Prof Siti Musdah Mulia


Menurut siaran langsung sebuah televisyen tempatan, TV One yang mengikuti operasi pencarian itu, kotak hitam dan sebahagian bangkai pesawat itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia, kira-kira jam 10.30 pagi ini.
Setakat 11 pagi waktu Indonesia barat, belum terdapat makluman rasmi berkenaan penemuan itu oleh pihak berkuasa Indonesia.
Mengikut laporan televisyen berkenaan, kotak hitam itu dibawa ke Kapal KM Baruna Jaya 1.
Ketua Kesiapsagaan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi sebelum ini berkata empat kapal yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu yang memiliki teknologi sonar, telah mengesan isyarat ping di koordinat sama di perairan Tanjung Karawang.
Fokus pencarian pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas, hari ini bertumpu di satu koordinat yang dikesan isyarat ping dari kotak hitam pesawat itu.
Sementara itu, penyelam yang terlibat dalam penemuan itu ketika ditemui Metro TV memaklumkan kotak hitam tersebut berada bersama serpihan lain di dalam lumpur di dasar laut.
“Kami gali dan menemui kotak hitam itu. Ia berwarna oren dan masih berada dalam keadaan sempurna,” ujar salah seorang penyelam, Hendra, sewaktu ditemui di atas kapal Baruna Jaya, lapor Reuters.
Bagaimanapun dia tidak menyatakan sama ada ia adalah perakam data penerbangan atau perakam suara kokpit.
Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628.
SUMBER : MSTAR ONLINE




Petikan video ini diambil dari media berita Indonesia ( Metro TV News )
Kotak Hitam atau Black box Lion Air PK-LQP JT610 sudah ditemukan. Saat ini Kotak Hitam sudah berada di Kapal Baruna Jaya I.
Kotak Hitam Lion Air JT610 ditemukan dalam penyelaman di koordinat sinyal yang sebelumnya terdeteksi. Penemuan ini dikonfirmasi oleh penyelam TNI AL Sertu Hendra. Kotak hitam selanjutnya dibawa dengan Kapal Baruna Jaya untuk diserahkan kepada Basarnas.
Kredit : KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post