Ahli Parlimen Mengeluarkan Bunyi Yang Pelik Sejurus Lim Guan Eng Habis Bentangkan Belanjawan

Ahli Parlimen Mengeluarkan Bunyi Yang Pelik Sejurus Lim Guan Eng Habis Bentangkan Belanjawan

Ahli Parlimen Mengeluarkan Bunyi Yang Pelik Sejurus Lim Guan Eng Habis Bentangkan Belanjawan

Ahli Parlimen Mengeluarkan Bunyi Yang Pelik Sejurus Lim Guan Eng Habis Bentangkan Belanjawan
Ahli Parlimen Mengeluarkan Bunyi Yang Pelik Sejurus Lim Guan Eng Habis Bentangkan Belanjawan

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kepada Malaysia untuk bangkit kembali sebagai ‘Harimau Asia’.

ARTIKEL MENARIK: Selepas 61 Tahun, Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu..


Malaysia bakal bangkit kembali sebagai Harimau Asia – Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perubahan struktur seumpama itu akan memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan dan juga akan mentransformasikan Malaysia daripada kleptokrasi global kepada demokrasi yang berasaskan peraturan.

Beliau berkata, hanya kerajaan yang berasaskan peraturan menumpukan kepada pembaharuan institusi, pertumbuhan ekonomi mampan dan kesejahteraan ekonomi rakyat boleh menyediakan kejelasan, kepastian dan keyakinan, yang diperlukan bagi persekitaran perniagaan yang kondusif yang boleh memupuk keyakinan dalam kalangan orang ramai dan pelabur.

“(Terutamanya) objektif meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat hanya akan bermakna jika kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dan beban kos sara hidup dapat dibendung,” katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.


Inisiatif utama berpaksikan rakyat yang diambil bagi mencapai matlamat tersebut adalah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar pada Jun hingga Ogos 2018 dan kemudiannya dimansuhkan pada 1 September sebelum digantikan dengan dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang kurang membebankan.
“Walaupun hasil kerajaan Persekutuan akan berkurangan sebanyak RM17 billion pada 2018, namun langkah itu membantu mengurangkan beban cukai, mengawal kenaikan harga serta meningkatkan kuasa beli rakyat.
“Bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan sumber awam, Kerajaan menyusun semula semua kementerian dan agensi. Pentadbiran Kerajaan juga akan ditadbir berdasarkan kepada prinsip kecekapan, akauntabiliti, dan ketelusan bagi melindungi kepentingan negara dan memastikan masa depan sektor awam bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.
Menurut Lim, inisiatif ini serta pelbagai pembaharuan institusi seperti pengasingan peranan antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap kerajaan.
Pada peringkat global, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjur Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019 meskipun berhadapan pelbagai cabaran akibat daripada perang perdagangan, harga komoditi yang turun naik, ketidaktentuan pasaran kewangan dan ketegangan geopolitik.
Beliau berkata, walaupun berhadapan dengan situasi perang perdagangan, Malaysia perlu meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang selamat bagi syarikat asing seiring dengan pendirian ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali.
“Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.9 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pertumbuhan ini adalah lebih tinggi berbanding jangkaan 4.8 peratus pada 2018,” kata Lim.
Malaysia, katanya, akan terus mengamalkan dasar perdagangan dan pelaburan terbuka bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi, menarik pelaburan strategik, mewujudkan pekerjaan mahir di samping meraih peluang daripada Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0). – BERNAMA

Bajet 2019: 4.1 Juta Isi Rumah Akan Terus Terima Bantuan Sara Hidup Ganti BR1M

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet hari ini memberi berita gembira buat rakyat dengan pengumuman sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan dengan peruntukkan RM5 bilion.
Beliau dalam pembentangan berkata, “Isi rumah berpendapatan sebulan RM2,000 kebawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
“Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan sebanyak RM750.
“Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.”
Selain itu, kadar tambahan sebanyak RM120 diperkenalkan dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) ini untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak yang kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur.
Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Kredit : KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post