[Video] Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen, Ini Penjelasan Doktor. Macam Tu Ke..

[Video] Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen, Ini Penjelasan Doktor. Macam Tu Ke..

[Video] Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen, Ini Penjelasan Doktor. Macam Tu Ke..

[Video] Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen, Ini Penjelasan Doktor. Macam Tu Ke..
[Video] Viral Bekam Bayi Undang Kemarahan Netizen, Ini Penjelasan Doktor. Macam Tu Ke..

Video berdurasi 37 saat memaparkan seorang bayi dibekam sebanyak 3 cup mencetuskan kemarahan netizen di laman sosial. Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu bertujuan untuk membuang angin di dalam badan. 

*video berada dibawah

Menerusi mStar Online, Dr Afiq Izzudin A. Rahim menjelaskan rawatan bekam adalah tidak selamat dan tidak sesuai kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

ARTIKEL MENARIK: Guru Terlantar Selepas Mengecat Bilik Darjah


Tiada bukti rawatan bekam baik untuk bayi



(Sekadar gambar hiasan)

Menurutnya lagi, sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan rawatan tersebut berkesan kepada bayi. Seeloknya bagi bayi yang baru lahir, susu ibu adalah ubat terbaik sama ada merawat kembung perut atau sakit kuning.

Bagi rawatan bekam, mereka yang berumur 10 sehingga 65 tahun sahaja dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan menerima rawatan bekam berkenaan. Saya juga tidak pernah jumpa lagi kajian yang membolehkan bayi melakukan amalan itu.
Bagaimanapun, saya tahu ada perawat-perawat alternatif di Indonesia yang menggalakkan amalan ini dilakukan terhadap bayi namun kajian itu agak lemah dan tidak kukuh kerana ia merupakan pendapat peribadi perawat tersebut.
Rawatan bekam secara umum adalah untuk mengeluarkan darah kotor di dalam badan dan ia hanya berfungsi sebagai rawatan  sampingan (complimentary) dalam perubatan moden, khusus untuk pesakit yang menghidap masalah sendi. Malah, ia juga tidak sesuai dilakukan ke atas seseorang yang sedang demam.
Bila tengok balik video itu, posisi cawan bekam yang diletakkan di antara tulang belikat bayi itu tiada kaitan untuk mengeluarkan angin sebaliknya hanya untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian atas badan dan tekak.

Walau bayi tidak menangis, kita kena faham




Tambah Dr Afiq lagi, rawatan bekam juga berisiko kepada penyebaran penyakit berjangkit ekoran bekas yang tidak disteril atau dibersihkan dengan baik.
Amalan bekam ini juga memiliki risiko seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit dan jangkitan kuman pada luka.
Terdapat dua jenis bekam, dry cupping (bekam kering) dan wet cupping (bekam basah).
Berdasarkan penelitian video itu, mungkin mereka melakukan ‘dry cupping’ terhadap bayi berkenaan.
Meskipun dalam video itu bayi berkenaan tidak menangis atau memberi tanda dia sedang sakit, tetapi kita harus faham bekam ini mungkin bersifat invasif.
Yang paling kita takuti jika bayi ini sudah nyawa-nyawa ikan dan terlambat untuk diselamatkan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada komplikasi bekam yang membawa kepada kematian.
Jika terdapat sebarang masalah terutama melibatkan bayi, ibu bapa dinasihati supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Ibu bapa juga diminta jangan mudah percaya dengan panduan kesihatan yang dikongsikan di laman sosial.

via Ohbulan Sumber : mStar Online


Video Bayi 40 Hari Dibekam Timbul Kemarahan Orang Ramai


Menerusi Info Ibu Hamil Malaysia, seorang individu berkongsi video bayi 40 hari dibekam. Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu mengejutkan orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib bayi berkenaan. Difahamkan bayi itu dibekam kerana angin dalam badannya. Memang gila betul!

Video yang berdurasi 37 saat itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara ini. Rawatan bekam ini dikatakan menyenangkan bayi dan membuatkan bayi bertambah selesa.

Kebodohan melampau



Bayi bukan ada darah kotor



Kulit bayi masih lembut



Video



baby pun boleh bekan jugak ke? ðŸ˜…first time admin tengok ,macam menyeksa je kecik2 macam ni dah buat ðŸ˜­
Posted by Info ibu hamil malaysia on Monday, 15 October 2018
Sumber : Info Ibu Hamil

via Ohbulan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post