[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai
[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

Seorang daripada tertuduh dalam kes video yang tular berhubung perbuatan kejam membu nuh kucing yang dipercayai bun ting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pende ritaan terhadap haiwan itu.

ARTIKEL MENARIK: Remaja meninggal ketika bersalin dalam bilik air



ccc22428c90d53b03e802d5c9f95f4d1.jpeg


Hakim Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap juruteknik elektrik SS Satthiya, 26, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.

“Kami mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk melepas tanpa membebaskan Satthiya daripada pertuduhan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

“Namun, kes terhadap seorang lagi tertuduh, pemandu teksi A Mohanraj ,41, tetap diteruskan dan semua dokumen telah disediakan untuk diserahkan kepada tertuduh,” katanya semasa sebutan kes itu.


Mahkamah kemudiannya melepaskan tanpa membebaskan Satthiya yang tidak diwakili peguam itu daripada pertuduhan tersebut.

Pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Mohd Roslan Isa.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di Kuala Lumpur antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept lalu.


Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 20 Sept lepas, Satthiya dan Mohanraj mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam dua individu yang membu nuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan kedua-dua individu itu ditahan pada Jumaat lalu.

Individu terakhir masukkan kucing bun ting dalam mesin pengering didakwa

Individu terakhir yang videonya tular berhubung tindakan ke jam membu nuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur, hari ini.

Pekerja kontrak K Ganesh, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Lelaki itu bersama-sama seorang lagi yang telah dituduh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di Kuala Lumpur antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya , Nurul Ain Shafie menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan turut dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Mohd Roslan Isa.

Bagaimanapun, Ganesh yang diwakili peguam P Rajsurian memohon jaminan yang rendah dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.

“Anak guam saya menanggung keluarga dan tinggal bersama seorang bapa ca cat dan bapanya tidak boleh berjalan. Jadi saya pohon ikat jamin yang rendah,” katanya.

Mahkamah membenarkan Ganesh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Dalam kes sama, mahkamah membenarkan permohonan peguam Rajsurian yang turut mewakili pemandu teksi A Mohanraj, 41, yang telah didakwa sebelum ini atas pertuduhan sama, untuk mengurangkan jaminan daripada RM18,000 kepada RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan sama seperti tertuduh Ganesh.

Mahkamah menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam tiga individu yang membu nuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan kedua-dua individu itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Sumber : Mkini via kl viral

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post