TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ???
TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ??? |
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan baginda sedang disiasat oleh beberapa pihak ketika ini.Tunku Ismail berkata, pihak terbabit menyiasat baginda akibat menerima arahan mereka yang kurang senang dengan tindakan baginda membantu rakyat Johor.
“Saya tidak sangka dengan melakukan perbuatan yang baik boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.“Ada juga yang mengarahkan beberapa pihak untuk menyiasat mengapa dan siapa menasihatkan saya untuk melakukan perbuatan baik seperti ini.
ARTIKEL MENARIK: Bapa Ini Sertai Opserasi Mencari Mangsa Tanah Runtah Di Penang, Mengejutkan M4yat Yang Di Tarik Tu Rupanya.. Allahu..
“Saya tiada penasihat. Yang menasihati saya dan mendidik saya adalah kedua-dua ibubapa saya.“Ada juga pihak yang cuba membuat provokasi untuk mendapat reaksi dari saya supaya ia boleh digunakan serta dijadikan isu. Minta maaf, bukan hari ini,” titah baginda di Facebook hari ini.
Berikut kenyataan penuh Tunku Ismail mengenai perkara itu:
Baru baru ini, saya dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku untuk bekerja lebih keras lagi menjaga negeri dan rakyat Johor. Menjunjung titah tersebut, saya telah bertemu dengan rakyat bersolat Jumaat di daerah-daerah Johor, berkunjung ke rumah anak yatim, melawat pasar awam bagi mengkaji serta mendapat gambaran yang lebih jelas keluhan rakyat berkenaan harga barangan, saya juga telah melawat Hospital Sultanah Aminah dan memberi sumbangan kepada hospital-hospital di Negeri Johor bagi menampung serba sedikit kekurangan yang dihadapi oleh hospital di negeri ini. Minggu depan pula, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Kebawah Duli Tuanku selepas Kebawah Duli Tuanku berkenan dan mengurniakan tanah seluas 150 ekar untuk mendirikan 1,000 unit rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000. Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat. Dan juga selepas saya berkongsi pandangan saya, Kebawah Duli Tuanku berkenan iaitu untuk mengadakan projek yang sama sebegini di tanah milik Tuanku sendiri yang akan diberikan kepada rakyat di seluruh daerah Negeri Johor
Sumbangan keluarga Di-Raja Johor kepada rakyat bukan baru bermula minggu lepas tetapi sejak zaman nenek moyang saya lagi pada tahun 1885. Saya cuma meneruskan legasi Almarhum-Almarhum Sultan Johor dan juga Ayahanda saya.
Saya tidak sangka dengan melakukan perbuatan yang baik boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak. Ada juga yang mengarahkan beberapa pihak untuk menyiasat mengapa dan siapa menasihatkan saya untuk melakukan perbuatan baik seperti ini. Saya tiada penasihat. Yang menasihati saya dan mendidik saya adalah kedua-dua ibubapa saya. Ada juga pihak yang cuba membuat provokasi untuk mendapat reaksi dari saya supaya ia boleh digunakan serta dijadikan isu. Minta maaf, bukan hari ini.
Suka saya nyatakan kepada mereka ini bahawa ini bukan tindakan yang aneh tetapi ia adalah tugas, amanah dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor. Saya melakukan kerja ini ikhlas demi kesejahteraan rakyat saya.
Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya juga ingin nyatakan yang saya tiada berniat untuk bermusuh dengan sesiapa. Saya hanya ingin menjalankan tugas dan khidmat saya kepada negeri Johor, rakyat saya dan juga keluarga saya. Itu sahaja. Saya doakan agar Allah SWT merahmati anda semua.
TMJ lawat pasar, fahami masalah rakyat
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengunjungi Pasar Awam Larkin, dekat sini bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai harga barangan mentah yang semakin meningkat.TMJ dalam laman Facebook (FB) rasminya, HRH Crown Prince of Johor, mahu lebih memahami apa yang rakyat sedang lalui pada masa ini.
“Saya melawat ke Pasar Awam Larkin di Johor bagi mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan harga barangan mentah yang semakin meningkat kerana saya ingin lebih memahami apa yang rakyat sedang lalui pada masa ini,” katanya.
Tunku Ismail mahu mengkaji langkah untuk membantu rakyat menerusi usaha mengurangkan harga barangan keperluan seperti telur, ikan, ayam dan daging.“Saya ingin membuat kajian bagaimana untuk membantu rakyat dengan mengurangkan harga barangan di pasar seperti telur, ikan, ayam, daging dan sebagainya,” katanya.
Kehadiran Tunku Ismail mengejutkan pengunjung pasar awam itu yang turut mengambil peluang bergambar dan beramah mesra.
Sumber : kakitapau Via OhGebang.
Post a Comment