“Tiada Yang Selamat, Mangsa Kami Temui, M4yat Mereka Berkecai…” #JT610

“Tiada Yang Selamat, Mangsa Kami Temui, M4yat Mereka Berkecai…” #JT610

“Tiada Yang Selamat, Mangsa Kami Temui, M4yat Mereka Berkecai…” #JT610

“Tiada Yang Selamat, Mangsa Kami Temui, M4yat Mereka Berkecai…” #JT610
“Tiada Yang Selamat, Mangsa Kami Temui, M4yat Mereka Berkecai…” #JT610

Malam tadi, viral di media sosial satu rakaman yang memaparkan data penerbangan Lion Air JT610, menunjukkan pesawat itu meningkatkan kelajuan sebelum tiba-tiba hilang dari radar.

ARTIKEL MENARIK: Nelayan Ceritakan Detik Lion Air Jatuh Dalam Laut Ini Yang Dia Rasa Dan Ia Memang Menakutkan




Pesawat Boeing 737 MAX itu dikatakan telah diselenggara beberapa bulan lalu namun dipercayai mempunyai masalah selepas hilang dari radar 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta.

Pesawat yang membawa 189 penumpang termasuk anak kapal itu kemudian disahkan terhempas di Laut Jawa, beberapa minit selepas meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Jakarta.






Menurut Berita Harian, pengarah operasi agensi mencari dan menyelamat, Bambang Suryo Aji memaklumkan bahawa semua penumpang dan kru pesawat Lion Air itu berkemungkinan besar terbunuh dalam nahas tersebut.

Perkara itu diumumkan selepas mereka menemui cebisan mayat ketika operasi mencari dan menyelamat semalam.

Jangkaan saya tiada siapa yang selamat kerana mangsa yang kami temui, mayat mereka berkecai dan sudah beberapa jam, jadi berkemungkinan besar semua 189 orang dalam pesawat itu meninggal dunia.”

Setakat ini, menurut Harian Metro, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan, cebisan mayat yang ditemui dari tapak nahas diletakkan dalam sembilan beg mayat, namun tidak pasti berapa ramai mangsa terbabit.






Seramai 150 kakitangan berada di lokasi pencarian dengan 40 daripadanya adalah penyelam, dan menurut pihak berkuasa, pesawat itu tenggelam sehingga 30 atau 40 meter dalam.

Lion Air bagaimanapun mengaku yang jet itu sebelum ini pernah jalani kerja pembaikan namun tidak dinyatakan dengan lebih lanjut.





Marilah kita bersama mendoakan agar usaha pencarian berjalan lancar dan semoga ahli keluarga kesemua mangsa tabah.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post