“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral

“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral

Satu video yang viral di media sosial menjadi perbualan hangat apabila seorang pengurus yang bekerja untuk sebuah syarikan telekomunikasi telah menjerit seperti orang gila kepada stafnya menjadi viral.

“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral
“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral

Salah seorang staf itu pula sedang mengandung.
Video berdurasi 1:41 minit itu menunjukkan seorang wanita dipercayai ketua satu pasukan jualan untuk sebuah syarikat telekomunikasi terkenal memarahi staf kerana tidak mencapai sasaran jualan.
This is not a customer,this is a Maxis manager with the staff from malaysia
Salah satu sumber di bahagian komen video itu di Reddit memberitahu pernah bekerja dengan wanita menjerit itu yang dipanggil C. C dikatakan bersikap seperti kanak-kanak yang mengada-ngada, tidak profesional dan menjerit kepada staf bila berpeuang.

ARTIKEL MENARIK: [GAMBAR] “Dasar Lidah Bercabang,”- Atur Pertemuan Bersama DS Anwar Ibrahim, Netizan Cakap Norman Nak Bodek


Seorang Netizen berkata menjerit sebegitu kepada seorang wanita yang sedang mengandung boleh menyebabkan keguguran.
Find this bitch, name her, shame her. Doesn’t she know that that kind of rage in front of a pregnant woman can trigger miscarriage? @Maxis @MaxisListens if it’s true this is one of your managers and you don’t deal with this, you as an organization is as bad as she is. https://t.co/RnTsgvNKi8
— AbangDeddy (@Daddylishes) September 29, 2018

Khabarnya, video ini sudah tersebar di kalangan kakitangan bahagian jualan syarikat telekomunikasi itu selama beberapa bulan, namun pihak pengurusan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap wanita itu. – amazingnara.com

Sumber:amazingnara



Video:
Wanita Mengandung Dibuli Perempuan Cina Gemuk
Kepada sesiapa yang jadi mangsa buli macam ni di tempat kerja, eloknya tangan-tangankan ajer si perempuan gemuk tu. Kalau tak berani, maki depan muka dia kau-kau, kemudian buat report ke Jabatan Buruh atau mana-mana pihak berkenaan.Kita bekerja makan gaji, bukannya untuk dijadikan mangsa buli!
Posted by Bawang Media on Friday, 28 September 2018

8 tanda bos yang hebat dan disenangi ramai

bos baik bos jahat bos teruk


Selalu sangat kita dengar orang suka bekerja di sesebuah syarikat tetapi akhirnya terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan sikap bos.

Dalam satu kajian, 61% orang yang bekerja dengan bos yang teruk menyatakan mereka sedang mencari pekerjaan lain manakala hanya 27% sahaja daripada mereka yang bekerja dengan bos baik mahu bertukar kerja.

bos paling baik dalam dunia


Yang lebih memeranjatkan, 65% orang yang bekerja dengan bos teruk ini sentiasa tersalah faham atau membuat kesilapan semasa bekerja berbanding 19% orang yang bekerja dengan bos baik.

Ini menandakan bos-bos yang baik akan mengubah pekerja menjadi lebih baik. Begitu juga sebaliknya. Bos yang teruk pula akan membuatkan prestasi pekerja lebih merudum kerana aura negatif yang terhasil.

bos paling baik dalam dunia

Jika anda merupakan seorang penyelia, pengurus, pengarah atau memegang apa-apa jawatan yang memerlukan anda menyelia pekerja di bawah anda, bagaimana anda tahu sama ada anda seorang bos yang baik atau bos yang tidak disukai?

Menurut Dr. Travis Bradberry, berikut 8 sikap bos yang paling digemari:

#1 Sentiasa berkongsi maklumat

Sesetengah bos suka mengamalkan sikap “P&C” dan tidak mahu berkongsi langsung apa-apa maklumat dengan pekerja. Ini disebabkan mereka berpendapat yang perkongsian maklumat itu akan membuatkan mereka hilang kuasa dan autoriti.

Sebenarnya, apabila seseorang bos berkongsi info dengan semua pekerja, ia tidak akan mengubah tahap autoriti seseorang bos. Malah, lebih baik kerana anda memberikan kepercayaan kepada staf.


#2 Memilih pekerja yang bagus

Bos yang teruk hanya fikir mahu ‘isi tempat kosong’ dengan menawarkan kerja kepada calon yang bergaji rendah, bermasalah dan tidak berwibawa. Bos yang hebat pula akan memikirkan tentang pasukan dalam pejabat itu secara keseluruhan. Bos ini sedar bahawa kesemua stafnya perlu berhadapan dan bekerja dengan calon baru ini setiap hari, jadi mereka akan mencari calon yang benar-benar melengkapkan pasukan secara holistik, bukan sekadar mengisi mengisi tempat kosong.

bos baik bos jahat 611


#3 Sentiasa mencari dan meraikan kejayaan

Ada sesetengah bos yang sangat kedekut pujian. Bos-bos yang hebat tidak perlukan sebab untuk memuji staf. Mereka sentiasa mengucapkan benda-benda positif di hadapan pekerja sama ada secara terbuka atau secara peribadi. Mereka juga tidak menunggu sesuatu projek siap hingga ke akhirnya atau menunggu bonus tahunan untuk diraikan kerana kejayaan boleh datang dalam bentuk yang lebih kecil. Selain pujian, para bos boleh membelanja staf makan atau belanja tiket wayang percuma. Bukan mahal sangat pun.

#4 Menghormati masa pekerja

Bos yang baik tidak merasakan masa mereka sahaja yang berharga, apatah lagi jika melibatkan keluarga. Bukan bos-bos sahaja yang berkeluarga, pekerja lain juga turut mempunyai keluarga masing-masing. Mereka tidak akan membiarkan pekerja bekerja sehingga lewat malam atau pada hujung minggu sambil mereka bermain golf dan beristirahat.

Bos yang baik juga tidak akan sesekali membiarkan semua orang tertunggu-tunggu semasa mesyuarat. Mereka akan datang tepat pada masanya dan sentiasa datang dalam keadaan bersedia.

pekerja yang gembira dengan bos

#5 Empati

Bos yang teruk hanya melihat pekerja dari perspektif bagaimana pekerja itu melambangkan dirinya. Jika pekerja itu cekap dan bagus, maka dia terus merasakan dirinya juga bagus dan boleh dihormati. Begitu juga sebaliknya.

Bos yang baik sebenarnya mampu benar-benar merasakan apa yang pekerja itu rasa. Jika pekerja dilihat mengalami masalah semasa sedang menjalankan tugas, mereka akan sedia untuk bertanya dan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah itu bersama-sama.
#6 Bertanggungjawab

Bos yang teruk amat gemar menuding jari mencari kesalahan pekerja. Sikit-sikit tanya “Siapa yang buat? Siapa punca?” Apabila mereka dimarahi oleh pihak atasan, habis terbalik meja semua pekerja.

Seorang bos yang hebat akan bertanggungjawab atas kesalahan pasukan kerana ini memang salah satu tugas dan peranan pihak pengurusan. Galas tanggungjawab ini bukanlah bermakna mereka terus tutup sebelah mata. Mereka akan masih memberikan maklum balas kepada pekerja tentang kesilapan yang dilakukan. Tetapi mereka boleh mengaku kesalahan secara terbuka kepada pihak atasan dan kemudian membetulkan kesilapan bersama staf.

pekerja yang gembira dengan bos

#7 Mengucapkan terima kasih

Bos yang tidak berhati perut selalu berfikiran bahawa pekerja ini ‘berhutang’ kerja dengan mereka kerana dibayar gaji. Sebaliknya, bos yang baik pula mempunyai pandangan yang lebih luas dan faham bahawa setiap pekerja meluangkan masa, usaha dan keringat dalam setiap tugasan yang diberikan. Jadi, bos-bos ini akan sentiasa mengucapkan terima kasih walaupun “itu memang kerja mereka.”

#8 Mengasah bakat

Pernah tak anda perasan di pejabat, kadang-kadang kenaikan pangkat asyik datang daripada jabatan atau kumpulan yang sama sahaja? Ini bukan kes anak tiri atau pilih kasih, tetapi tanda bahawa pengurus itu merupakan seorang bos yang baik kerana berjaya mengasah bakat dan kepimpinan setiap pekerja di bawahnya. Bos-bos hebat ini memberikan inspirasi, melatih, mempercayai dan sentiasa bersedia untuk melepaskan staf apabila tiba masanya.

Jadi, adakah anda merupakan seorang bos yang disenangi di pejabat?

Atau anda ada pengalaman bekerja dengan bos yang baik dan hebat?

sumber: iluminasi.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post