Tabung Derma Dipasang Kamera Tersembunyi. Lelaki Tua Ini Sedekahkan Sesuatu Yang Buat Ramai Terkedu

Tabung Derma Dipasang Kamera Tersembunyi. Lelaki Tua Ini Sedekahkan Sesuatu Yang Buat Ramai Terkedu

Walau Bagaimana Pun Caranya, Semoga Allah Buka Pintu Hati Kita Untuk Ringan Tangan Buat Amal Sedekah Di Mana-mana Sahaja. InsyaAllah Amin.

Tabung Derma Dipasang Kamera Tersembunyi. Lelaki Tua Ini Sedekahkan Sesuatu Yang Buat Ramai Terkedu
Tabung Derma Dipasang Kamera Tersembunyi. Lelaki Tua Ini Sedekahkan Sesuatu Yang Buat Ramai Terkedu

Bagi umat Islam, berinfak dan bersedekah merupakan cara yang lazim untuk berbagi kebaikan. Bahkan, caranya pun boleh pelbagai cara, mulai dari yang mutakhir melalui internet atau cara umum dengan memasukkan duit ke kotak amal.

ARTIKEL MENARIK:  Memang Cantik Tapi Wanita Kena Tahu Hukum Mencabut, Mencukur, Dan Melukis Bulu Kening


Melihat keunikan infak dan sedekah ini, sekumpulan aktivis dari Kitabisa.com mencuba melakukan eksperimen sosial. Dalam eksperimen sosial untuk mengetahui jumlah derma yang diberikan jemaah masjid, ahli kumpulan yang menjalankan ekspirimen ini telah memasang kamera tersembunyi di dalam kotak amal.
Dari beberapa orang yang menderma, kumpulan ini telah menemukan seorang pedagang di Pasar Kiaracondong, Bandung, Didi Suhardi, memberi derma yang berbeza dari jemaah lainnya.
Setelah ditanya selepas selesai solat, Didi mengatakan alasannya bersedekah. Didi mengaku bersedekah merupakan cara untuk berkongsi rezeki.
“Jangan sampai termasuk orang kedekut,” ucap Didi.
Walaupun jumlah dermanya sudah diketahui, dengan rendah hati Didi tetap tak mahu menyebutnya. Jom saksikan video penuh eksperimen sosial di bawah ini:
Sumber: InfoAyam


Pemain Perancis Dembele Derma Duit Menang Piala Dunia Bina Masjid. Subhanallah.

Pemain Perancis yang lincah, Ousmane Dembele mengejutkan dunia apabila derma semua duit dan elaun kemenangan yang diperolehinya menang Piala Dunia untuk bina masjid. Subhanallah. MasyaAllah. Umat Islam Perlukan Ramai Orang Jutawan Dan Kaya Seperti Pemain Bola Hebat Ini. Alhamdulillah.

BINA MASJID DI MAURITANIA

Selepas bersama-sama rakan sepasukannya memastikan kejuaraan Piala Dunia 2018 milik Perancis, pemain tengah Ousmane Dembele mendermakan pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di Rusia untuk membina masjid.
Masjid berkenaan akan dibina di tanah kelahiran ibunya di Mauritania. Mauritania yang juga dikenali sebagai Rebublik Islam Mauritania mempunyai populasi 4 juta warga dan mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 1960.
Dalam saingan Piala Dunia di Rusia, pemain berumur 21 tahun yang juga mempunyai kacukan Afrika dari ayahnya itu beraksi untuk Perancis ketika menentang Australia, Peru dan Denmark.
Dembele memulakan aksi di peringkat profesional dengan bermain untuk Rennes. Pada 2016, kelab Jerman Borussia Dortmund menghidu bakatnya dan seterusnya menarik Dembele mewakili pasukan itu.
Hanya setahun selepas itu, Dembele menyertai bintang bola sepak lain untuk bermain bagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Dembele merupakan salah seorang daripada 15 pemain Perancis yang mempunyai kacukan Afrika.
Selain Dembele, rakan sepasukannya Kylian Mbappe turut mendapat pujian ramai pihak apabila mendermakan pendapatannya dalam Piala Dunia kepada organisasi kebajikan yang menjaga kanak-kanak kurang upaya.
Perancis meraih semula kejuaraan Piala Dunia selepas menewaskan Croatia 4-2. Kemenangan itu hadir 20 tahun sejak kali terakhir memenanginya pada 1998.
Selain membawa pulang trofi seberat 6,175 kg yang diperbuat dari emas 18 karat yang dianggarkan bernilai AS$20 juta, Perancis juga akan menerima AS$38 juta daripada FIFA.
Presiden Federasi Perancis, Noël Le Graët, berkata anak buahnya akan meneril 30 peratus daripada jumlah kerseluruhan yang mereka dapat.
Setiap pemain pula akan mendapat bonus AS$330,000 kerana berjaya ke peringkat akhir. Jumlah itu belum termasuk bayaran yang diterima untuk setiap perlawanan. (Sumber: Malaysiakini)

Kredit : KL Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post