Seorang Doktor Nasihat Kat Orang Ramai Supaya Jangan Contohi Tun M. Rupanya..

Seorang Doktor Nasihat Kat Orang Ramai Supaya Jangan Contohi Tun M. Rupanya..

Seorang doktor menasihati rakyat negara ini agar tidak mencontohi Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tokoh terbabit sendiri tidak mengikut saranannya supaya mengamalkan hidup sihat.

Seorang Doktor Nasihat Kat Orang Ramai Supaya Jangan Contohi Tun M. Rupanya..
Seorang Doktor Nasihat Kat Orang Ramai Supaya Jangan Contohi Tun M. Rupanya..

*video sekadar hiasan

Namun jangan terkejut, doktor yang memberikan nasihat itu tidak lain dan tidak bukan, ialah Dr Mahathir sendiri.

“Saya tak guna otak saya dan badan saya seperti yang saya nasihat kepada orang lain. Orang lain patut buat apa yang saya tak buat.
“Jangan ikut Dr Mahathir tu… dia tak betul sikit.

ARTIKEL MENARIK: ‘Masa tu kita ingat ada kewangan cukup untuk hapus tol’ – Syed Saddiq


“Dia suruh orang bersukan tapi dia sendiri tak bersukan,” katanya berseloroh dan disambut ketawa orang ramai yang mendengar ucapannya sempena sambutan Hari Sukan Kebangsaan di Staidum Bukit Jalil di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut perdana menteri yang kini berusia lebih 93 tahun itu semasa bersekolah beliau tidak banyak menyertai sebarang kegiatan sukan, kecuali ragbi.

Alasannya – sukan itu tidak memerlukan taktikal yang banyak berbanding bola sepak yang disertai ramai anak muda sejak sekian lama.

“Sejak dari sekolah saya tak main banyak sukan. Yang saya tau main ialah ragbi. Kenapa ragbi?

“(Sebab) ragbi ni tak perlu kecekapan apa pun… tak payah pandai macam mana,” katanya.

Gaya hidup tak sihat


Apa yang perlu untuk seseorang pemain ragbi kata Dr Mahathir ialah keberanian menghantuk kepala masing-masing pada pemain lawan dan berkelahi.

“Yang perlu cuma kena berani hantuk kepala lain, dah OK, boleh main. Tak payah pandai macam mana.

“Tak payah cekap nak tendang bola masuk go, sangat, cuma nak berkelahi sama-sama,” katanya di depan kira-kira 10,000 orang yang hadir di majlis berkenaan.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir mengakui faktor usia menghalang beliau untuk terus aktif dalam sukan.

“Sekarang ni tak bolehlah ragbi, dah tua…” katanya.

Namun kata perdana menteri dalam keadaan sekarang beliau masih bersemangat untuk bekerja.

Katanya usia yang lanjut bukan bermakna seseorang itu boleh berehat saja atau tidak melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.

Dr Mahathir juga menegaskan gaya hidup zaman sekarang menyebabkan seseorang tidak aktif bersukan.

Misalnya kata beliau apabila seseorang itu menaiki penerbangan dari Singapura ke New York di AS yang memerlukan mereka berada di dalam pesawat selama 17 jam.

“Tujuh belas jam dalam kapal terbang, tak buat apa-apa maka badan jadi lemah,” katanya.
Pada masa sama Dr Mahthir berkata kemajuan dunia bagaimanapun mungkin boleh mengubah keadaan berkenaan.

Antaranya kata beliau mungkin pada masa depan ada pesawat udara yang menyediakan ruang untuk kegiatan sukan secara terkawal.

“Mungkin boleh buat futsal dalam kapal terbang di masa depan, mana tau?” katanya.
Beliau kemudian melepaskan peserta larian ria sejauh 10km dan 3km.

sumber Mkini

Via cegitucegini.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post