Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga |
Seorang kakitangan bank tidak sempat melangsungkan perkahwinan Mei tahun depan apabila dipercayai terkorban dalam n@has Pesawat Lion Air JT 610, hari ini.
Bapanya James Sianturi, 55, berkata, anaknya Janry Efrianto Sianturi, 26, dikatakan pergi ke Pangkalpinang untuk bertemu bakal mertuanya.
ARTIKEL MENARIK: Rakaman Cemas Penumpang Siap Laungkan Takbir Ketika Dalam Penerbangan Lion Air Akhirnya Terbongkar
Sepatutnya Dia Tidak Naik Penerbangan Itu
Katanya, Janry sepatutnya tidak pulang hari ini tetapi kerana ingin menguruskan segera dokumentasi perkahwinan, dia menaiki pesawat tersebut.
James berkata, kali terakhir menghubungi anaknya malam tadi bertanyakan perancangan untuk bertemu besannya.
“Komunikasi terakhir malam tadi, saya tanya setelah selesai urusan kau di Bandung. Bila pulang bekerja di Pangkalpinang,” katanya ditemui di Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng, Tangerang.
Jelasnya, dia memang terkejut menerima berita Pesawat Lion Air JT 610 terhempas di perairan Daerah Karawang dan mendoakan keselamatan anaknya.
Janry Efrianto antara 188 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boieng 737 itu dipercayai terbunuh dalam n@has berkenaan. – Detiknews
Gambaran bagaimana pesawat Lion Air JT610 terhempas
Ini sedikit gambaran yang boleh kita lihat bagaimana pesawat Lion Air JT610 terh3mpas.
Menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan BASARNAS pesawat dipercayai terh3mpas sedalam antara 30 hingga 35 meter.
Trag3di Lion Air: PAS ucap takziah
SAYA berkongsi rasa sedih dan dukacitadengan trag3di pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi tadi.
Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, pastinya ada hikmah di sebalik trag3di ini buat hamba Allah yang beriman.
Sesungguhnya Allah mengajar hamba-Nya ketika menerima musibah:وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157(
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) (156) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)” (Surah Al-Baqarah: 155-157)
ABDUL HADI AWANG. Presiden PAS – HARAKAHDAILY 29/10/2018
Kredit - KL Viral
Post a Comment