Pelakon Noorkumalasari mengakui kesal apabila ada pihak yang cuba untuk menyebarkan berita yang tidak benar mengenai kakaknya, Anita Sarawak.
“Semua Khabar Angin Yang Keluar Adalah Tidak Benar” – Noorkumalasari Kongsi Perkembangan Terkini Anita Sarawak |
Menurut Noorkumalasari, keluarganya masih dapat berhubung dengan Anita dan kakaknya kini masih menetap di Amerika Syarikat.
“Saya ada dengar yang orang kata Anita kini sedang sakit, rambutnya gugur dan bercerai.
“Semua khabar angin yang tular di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali.
ARTIKEL MENARIK: “Nyanyi Live Dah Lah Sendu, Menang Semata2 Cantik Bertudung. Netizen Tak Puas Hati Bagi Tau Khai Bahar Lagi Layak
“Anita sering menghubungi kakak saya yang lain untuk bertanyakan khabar dan mereka akan bercakap dengan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus perkara itu mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri.
“Anita tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya.
“Apa yang saya tahu mereka masih menetap di Amerika Syarikat tapi bukan di daerah Las Vegas lagi kerana dia dan suami sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat,” katanya kepada Gempak.
Noorkumalasari berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Noorkumalasari menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular BH ke-31.
Sumber: Gempak
Kehilangan Terjawab! Anita Sarawak Dilaporkan Menderita Sakit Kanser?
Begitu ramai yang tertanya kemanakah penyanyi Ithnaini M.Taib atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak menghilangkan diri. Selepas bercerai dengam suaminya pelbagai spekulasi terus melanda. Ada yang mengatakan di kini menyanyi di sebuah kelab di Las Vegas, ada yang mendakwa dia merajuk dengan keluarganya dan pelbagai andaian lain telah tersebar.
Menerima Rawatan Sakit Kanser
Terbaru, setelah hampir 7 tahun menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita, Anita atau lebih mesra disapa sebagai Kak Nita kini dikatakan sedang menerima rawatan bagi penyakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Ternyata khabar berita ini mengejutkan industri apatah lagi kehilangannya sebenarnya kerana penyakit kanser yang dihidapi.
Kak Nita Mohon Tidak Buka Mulut
Dalam perkembangan lain, khabarnya terdapat artis veteran yang juga sahabat rapatnya sudah menziarahi penyanyi lagu Seksis ini namun atas permintaan Kak Nita, dia memohon untuk tidak menghebohkannya.
Malah lebih mengejutkan, wajah penyanyi ini juga sudah jauh berbeza sehingga peminat sukar untuk mengenalinya. Sehingga kini, khabar berita ini masih belum disahkan oleh pihak keluarganya. Yang pasti ramai yang mengharapkan ‘merajuk’ Kak Nita sudah terubat dan kembali ke persada seni.
Sumber Berita BH ONLINE
Kredit: Hangat
Post a Comment