SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan kejadian langgar lari di Shafbury Square, Cyberjaya pada Khamis lalu berpunca daripada tindakan suspek tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan di premis berkenaan.
Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat |
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superitenden Azman Shari’at berkata menerusi siasatan awal, pihaknya turut percaya suspek terlibat tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk membunuh mangsa terbabit.
ARTIKEL MENARIK: Sesape Yang Duduk Atau Kerja Kat Cyber Tahu Lah Betapa Haram Jadahnya Bila Foreigners Drive!
TIDAK PUAS HATI DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN
“Itu (tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan) merupakan antara kemungkinan yang kita ada sekarang.
“Namun siasatan awal kita percaya suspek tiada niat jahat untuk membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Terdahulu, akhbar melaporkan, seorang penolong pengurus acara jualan, Wan Amirah Wan Alias, 31, maut dalam satu kejadian langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury Square, Cyberjaya.
Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, Wan Amirah, dilihat melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan yang turut merempuh beberapa kenderaan lain dalam kejadian itu.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan selanjutnya namun dia disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah dialami.
Selain itu, polis turut menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan terbabit.
Ketika diminta mengulas sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan selepas ini, Azman berkata perkara itu bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan pada masa kini.
“Buat masa ini siasatan berjalan lancar dan kita akan tengok dulu perkembangan kes ini sebelum memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman suspek terlibat,” katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
Ini Luahan Janna Nick Kepada 4 Suspek Yang Ditangkap Atas Kes Langgar Lari Wan Amirah
PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick terkesan dengan insiden yang menimpa seorang wanita petugas Telekom Malaysia Berhad (TM) Unifi yang maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftbury Square di Cyberjaya malam Rabu lalu.
Janna dalam nada sebak memberitahu dia berharap empat suspek yang berjaya ditahan akan diberikan hukuman setimpal agar kematian mangsa terbela.
“Takziah kepada keluarga Allahyarham… Suspek pun dah kena tangkap.
“Tolonglah bagi hukuman setimpal kepada orang-orang begini,” katanya menerusi InstaStory.
Luahan Janna Nick di InstaStory.
Pada Jumaat, empat suspek kes langgar lari itu telah ditahan pihak berkuasa dan mereka telah direman selama empat hari bermula.
Dalam pada itu, Janna berkata, sebagai manusia biasa tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan namun perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dilakukan.
“Tidak mengapa kalau anda telah melakukan kesalahan kerana sebagai manusia kita kdang-kala hilang kawalan.
Empat suspek termasuk seorang wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.
“Namun tolong bertanggungjawab. Anda tidak boleh lari daripaa kesalahan yang telah anda lakukan,” tulisnya.
Dalam kejadian itu mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.
Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam.
Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.
SUMBER : MSTAR ONLINE
Via OhGebang.
Post a Comment