KUALA LUMPUR: Penyanyi Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed, 56, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.
Penyanyi Saleem kembali ke rahmatullah pagi tadi |
Ia selepas 22 hari penyanyi kumpulan Iklim itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, PPUKM kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.
Anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.
ARTIKEL MENARIK: “Si Kaya Tidak Pernah Siap Kain Kafan Buat Dirinya Meski Cuma Selembar” – Datuk Rosyam Nor
“Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya.
“Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.
“Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat.
“Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar,” katanya.
Amirul berkata, doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan bapanya semakin kritikal.
“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.
“Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal,” katanya.
Jenazah penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.
Post a Comment