Nahas 5 rentung: Pemandu treler miliki 13 rekod saman

Nahas 5 rentung: Pemandu treler miliki 13 rekod saman

KUALA KANGSAR – Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora semalam mempunyai 13 rekod saman.

Nahas 5 rentung: Pemandu treler miliki 13 rekod saman
Nahas 5 rentung: Pemandu treler miliki 13 rekod saman

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim bagaimanapun berkata, kesemua saman yang dikeluarkan terhadap pemandu berusia 41 tahun yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan pandu laju itu telah pun dijelaskan.

ARTIKEL MENARIK: Tragedi Anggota Penyelamat Yang Syahid Mengimbau Kenangan Pahit Kehilangan Ayah Pengacara Jimmy Shanley..


Katanya, siasatan juga mendapati kenderaan syarikat yang dipandu lelaki terbabit mempunyai 11 saman dan hanya tiga saman yang masih belum diselesaikan.

“Pemandu treler yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu ditahan di lokasi kejadian semalam dan ujian air kencing telah pun dilakukan terhadapnya.


“Rakaman percakapan lelaki itu telah diambil dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

ARTIKAL BERKAITAN
5 sekeluarga rentung dalam kemalangan dekat Terowong Menora

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post