Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.

Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu
Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling trgis dan mencemaskan sepanjang 1995.

ARTIKEL MENARIK: Ingatkan Betul2 Susah, Punyalah Nak Tolong Rupanya Pakcik Tua Ini Penagih D4dah


Siapa Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu!

M*ngsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu m*ngsa.

Dilaporkan sebelum kejadian, m*ngsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

60-21.png


Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum m*ngsa mti, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang m*ngsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.


Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit m*ngsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang m*ngsa.
Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membnuh ular itu bagi menyelamatkan m*ngsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggl dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayt m*ngsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

60-22.png


Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan m*ngsa amat menggerunkan.
Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan m*ngsa masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mti dibnuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“M*ngsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit m*ngsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila m*ngsa ditemui mti dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu.

Bagaimanapun ular berkenaan melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut mti dibelit ular sawa dan nyaris ditelan di Jabor, Terengganu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ðŸ™‚
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post