”Mak Sayang Ilham, Mak Nak Cium Ilham Nak,” Rintihan Pilu Ibu Sambil Dakap Erat Jasad Anak Kali Terakhir Undang Hiba

”Mak Sayang Ilham, Mak Nak Cium Ilham Nak,” Rintihan Pilu Ibu Sambil Dakap Erat Jasad Anak Kali Terakhir Undang Hiba

“Ilham.. Mak sayang Ilham.. Mak nak cium Ilham..,” demikian rintihan pilu si ibu sambil memeluk erat jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17, mangsa lemas di Taman Putra Perdana, Puchong rabu lalu sebelum dikebumikan pada jam 11.25 malam tadi.

”Mak Sayang Ilham, Mak Nak Cium Ilham Nak,” Rintihan Pilu Ibu Sambil Dakap Erat Jasad Anak Kali Terakhir Undang Hiba
”Mak Sayang Ilham, Mak Nak Cium Ilham Nak,” Rintihan Pilu Ibu Sambil Dakap Erat Jasad Anak Kali Terakhir Undang Hiba

Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) yang bertanggungjawab menguruskan jenazah remaja berkenaan tampil berkongsi detik-detik hiba tersebut apabila ibu mangsa, Che Rosmilawati Saidin diberi peluang menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Sebak!

Kami rakyat Malaysia turut berduka dengan tragedi ini. Moga diberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan termasuk enam wira yang terkorban.

MAK NAK CIUM ILHAM…

ARTIKEL MENARIK: Ayah… Ayah… Mana Ayah? – Tangisan Aisyah Damira Mencari Bapanya Menambah Kepiluan




Ibu mangsa Che Rosmilawati Saidin, foto Bernama


Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.

Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.

Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.

“Ilham.. Mak sayang Ilham.. Mak nak cium Ilham..,” rintih ibunya perlahan sambil mendakap sayu jasad anaknya itu.



Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.

Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walaubagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.

Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.

Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.

Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”



Menurut laporan, mayat remaja berkenaan ditemui pada jam 5.45 semalam dalam keadaan memakai seluar, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Anggota bomba difahamkan sedang membuat penilaian di lokasi tersebut untuk membawa anjing pengesan sebelum mayatnya ditemui terpaung di kawasan berkenaan.

Sebelum itu, pelbagai kaedah telah digunakan oleh pasukan penyelamat termasuk khidmat penyelam, pencarian di permukaan dan unit anjing pengesan (K9) serta pam air sehingga tragedi yang mengorbankan enam anggota bomba dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan dua rakan mangsa yang berada di lokasi ketika kejadian.

Sumber : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid via Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post